PERAYAAN TAHUN KELUARGA

Perayaan Tahun Keluarga 1

Membakut – Perayaan Tahun Keluarga: ibubapa dan warga emas di Paroki St.Patrick Membakut diteruskan lagi dengan sambutan di KKD St.Edward Ambinahaton-Kabuluan, paroki St.Patrick Membakut. Sambutan di KKD ini telah diadakan pada 26 Januari 2017 yang baru lalu. Sambutan ini telah dimulakan dengan misa kudus pembukaan oleh Rev.Fr.Paul Mikin, rektor paroki st.Patrick Membakut. Perayaan sederhana tersebut kemudiannya disusuli dengan ucapan Pengerusi KKD St.Edward Ambinahaton-Kabuluan, Pn.Patricia Bai dan kemudiannya ucapan daripada Fr.Paul Mikin. Didalam ucapan nya, Pn.Patricia menyatakan bahawa selain daripada objektif keuskupan untuk merayakan ibubapa dan warga emas, perayaan ini memberi peluang kepada anak-anak dan ahli keluarga untuk menyampaikan ucapan terima kasih dan bersyukur diatas pengorbanan ibu bapa dan warga emas yang selama ini mengerah tenaga untuk menjaga keluarga masing-masing. Beliau juga menyeru semua belia dan anak-anak agar menjadikan ibu bapa dan warga emas didalam keluarga mereka sebagai idola mereka didalam menentukan halatuju masa harapan mereka.  Rev.Fr. Paul pula berkata, pengorbanan dan kasih sayang mereka tidak akan dapat diukur dengan wang ringgit atau dengan ukuran apa pun juga. Oleh itu, ahli keluarga dengan sokongan KKD perlu mengambil peluang didalam perayaan ini untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada ibu bapa dan warga emas melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Perayaan Tahun Keluarga 2

Selepas ucapan beliau, Fr.Paul bersama ajk KKD kemudiannya makan bersama umat sambil mendengar lagu-lagu karaoke yang di persembahan oleh golongan warga emas KKD St.Edward.

Umat kemudiannya dipersembahkan dengan persembahan koir gabungan belia dan kanak-kanak KKD St.Edward. Acara kemuncak pada malam tersebut adalah penyampaian warkah ucapan terima kasih kepada 13 orang warga emas di KKD St.Edward, dan upacara memotong kek untuk semua warga emas yang diraikan. Didalam acara ini juga, disampaikan warkah khas ucapan terima kasih kepada mendiang Katekis Edward Basintal yang selama hidupnya telah mengabdikan diri melayani umat di Kg.Bawan, Membakut dimana KKD St.Edward Ambinahaton-Kabuluan terletak. Warkah yang dinamakan sebagai Warkah Penjaga Iman ini diserahkan kepada Saudara Paul Basintal, anak kepada mendiang Katekis Edward sebagai wakil keluarga. Acara terakhir pada malam tersebut adalah upacara memotong kek bagi semua umat KKD St.Edward yang lahir pada bulan Januari. Acara pada malam tersebut diakhiri dengan doa malam dan ucapan selamat jalan daripada umat KKD kepada Rev. Fr.Paul Mikin yang akan berpindah dan meneruskan pelayanan beliau di paroki Beaufort-Sipitang pada bulan Febuari ini.

PEMBERKATAN GEREJA ST.PETRUS PENOPOK

pemberkatan gereja membakut 1

Membakut – Pemberkatan gereja St.Petrus Penopok telah diadakan pada 8 Januari 2017 yang lalu. Gereja ini merupakan salah satu daripada 6 stasi luar paroki St.Patrick Membakut dan boleh memuatkan kira-kira 50 orang umat pada satu-satu masa. Mandat pelaksanaan pemberkatan telah diberikan oleh Bapa Uskup Rev.Datuk Cornelius Piong kepada paderi paroki, Rev.Fr.Paul Mikin. Pemberkatan ini telah dilakukan sebelum misa kudus berlangsung , tepat jam 11.30 pagi.

Didalam ucapan nya, pengerusi Komuniti Umat Katolik (KUK) gereja St.Petrus merangkap pengerusi pelaksana pembinaan gereja baru ini , saudara Jepinin Gompisos menggunakan terima kasih diatas kehadiran semua umat yg datang menyaksikan upacara pemberkatan tersebut, lebih-lebih lagi kepada pengerusi KUK bagi stasi luar yang berdekatan kerana banyak membantu dari segi persiapan upacara pemberkatan ini.

pemberkatan gereja membakut 2

Pengerusi Majlis Pastoral Paroki St.Patrick Membakut, saudara Osmund Osmin Benati didalam ucapan nya, mengucapkan terima kasih kepada mantan ahli jawatankuasa MPP penggal lalu yg diketuai oleh Saudara Mathews Oming kerana telah berusaha mencari dana dan memantau pembinaan gereja baru ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Yura Masusih yang telah mendermakan sebidang tanah beliau kepada gereja sebagai tapak gereja yang baru. Selain itu, saudara Osmund juga berterima kasih kepada Pengerusi MPP Paroki St.Peter Bundu Kuala Penyu, saudara Simon Masusih dan individu perseorangan yang telah banyak memberi sumbangan berupa bahan-bahan pembinaan mahupun wang ringgit selama pembinaan gereja baru ini berlangsung.

Rev.Fr.Paul Mikin didalam ucapan nya pula berkata, gereja merupakan symbol kesatuan umat. Beliau berharap agar dengan adanya gereja baru ini, umat di Penopok mahupun dari kampung-kampung berdekatan yang datang bersembahyang disini akan lebih bersatu didalam iman mereka dan dapat menjaga gereja baru ini dengan sebaiknya demi pembangunan iman umat katolik di kampung tersebut.

Misa Kudus diakhiri dengan upacara menandatangani perjanjian penyerahan tanah tapak gereja diantara Pn.Yura Masusih dan pihak gereja yang diwakili oleh Fr.Paul Mikin serta disaksikan oleh AJKT MPP dan juga umat.

Selepas misa kudus pemberkatan, Fr.Paul Mikin bersama-sama dengan AJKT MPP serta pengerusi-pengerusi KUK dan KKD serta semua umat dijemput bersama untuk makan tengahari di rumah Pn.Yura Masusih serta di dewan kampung Penopok dan seterusnya fellowship ringkas dimana cabutan tiket bertuah diadakan sebagai kemuncak acara majlis pada hari tersebut. Acara berakhir pada jam 5 petang.

LAWATAN PARA SEMINARIAN KE MISSION KEMABONG

IMG-20170110-WA0030

Kemabong – Bermula 07hb-09hb Jan 2016 para seminiaran telah berkampung di Mission Kemabong utk bersama-sama dengan para belia Mission Kemabong dan memberi perkongsian tentang panggilan melayani kepada belia lelaki yang sudah melepasi SPM & STPM. Walaupun hanya 13 orang peserta sahaja mendaftar, namun pertemuan berjalan dengan lancer selama 3 hari berturut-turut.

IMG-20170110-WA0052

Jam 3.00petang para seminarian & belia tiba di Mission Kemabong. Aktiviti dimulakan dengan sesi suaikenal diikuti dengan perkongsian tentang panggilan hidup  disampaikan oleh Seminarian Wilfred, dalam penerangannya, setiap orang mempunyai panggilan masing-masing iaitu, Imamat, Agama hidup, perkahwinan dan hidup membujang. Sesi soal jawab juga diadakan dihujung sesi perkongsian, bagi menjawab persoalan2 para belia. Jam 10.00malam, sesi bersurai.

IMG-20170110-WA0082

IMG-20170110-WA0087

Hari ke-2 dalam pertemuan itu, sesi bermula dengan Misa Kudus  hari Minggu, Misa Kudus itu dipimpin oleh Rev. Fr Francis Dakun, pengajar seminari Kuching, dalam ucapan Rev. Fr Francis, beliau meminta para ibubapa mendoakan anak2 mereka dan menyokong anak2  untuk menyahut panggilan menjadi Paderi. Ucapan pengerusi MPM Kemabong pula, En. Gilbert Ondoi, beliau berharap ada dikalangan belia yang berani menyahut cabaran tersebut, dan selepas lawatan Seminarian ini, lebih ramai ibubapa yang terbuka dan menyokong anak-anak mereka.

IMG-20170110-WA0095

Sesi ke2 perkongsian para seminarian, diteruskan selepas Misa Kudus. Dimana para seminarian memberi perkongsian mereka kehidupan sebagai seminarian. Pada waktu petang, aktiviti riadah dijalankan, pertandingan bola sepak persahabatan diantara belia Kemabong dan para seminarian.

IMG-20170110-WA0135

Jam 7.00 malam, makan malam bersama AJK MPM & Umat Mission Kemabong secara potluck dijalankan, dan pada hari yang sama, sambutan hari lahir Rev.Fr Francis & Katekis Robby Tay diajalankan serentak. Sesi berakhir pada jam 10.00malam.

IMG-20170110-WA0043

Hari ke-3 para seminarian, dan umat di Kuala Tomani mengadakan aktiviti piknik di Sungai Manas, Kuala Tomani. Sebelum bersurai, Misa Kudus harian diadakan di KUK Kuala Tomani. Umat, para belia & seminarian balik ketempat masing2. Hasil lawatan ini, seramai 8 orang belia lepasan SPM & STPM menyertai seminar panggilan menjadi Paderi di rumah Retrat Paderi Bundu Tuhan, Ranau.