PROGRAM “SARAPAN PAGI BERSAMA WARGA EMAS”

WE1

KSFX – Dalam persiapan menuju ke Perayaan Jubli Perak Keuskupan Keningau yang akan dirayakan pada tahun 2018, atas usaha dan kerjasama MPP KSFX telah mengadakan satu program “Sarapan pagi bersama Warga Emas” pada Minggu (5/3) yang lalu. Program ini sebagai pengisian menuju ke Perayaan Jubli Perak Keuskupan Keningau. Tahun ini, tema yang diambil adalah “Keluarga: Ibu Bapa dan Warga Emas”.

WE2

WE3

Menurut Pengerusi MPP KSFX iaitu Puan Stella Kinsik, objektif program pada kali ini adalah untuk mensyukuri sumbangan yang telah diberikan oleh warga emas terhadap keluarga, lebih-lebih lagi dalam kehidupan menggereja.

WE4

WE5

Bagi menjayakan program ini, MPP KSFX telah bekerjasama dengan Kerasulan Wanita Katolik KSFX dalam menyediakan menu tersebut. Anak-anak dari warga emas turut serta membawa makanan secara potluck. Program “Sarapan Pagi bersama Warga Emas” ini dilaksanakan secara serentak di semua KUK dan ZON yang bernaung di bawah Paroki Katedral St Francis Xavier.

WE6

HORMATI IBU BAPA DAN WARGA EMAS

HIW1

Tenom – Tema Keuskupan 2017 Keluarga “Ibu Bapa dan Warga Emas” telah disambut baik oleh Paroki St Anthony dengan  mengadakan program sehari bersama warga emas.  Program ini telah dilaksanakan di St Joseph Batu-Batu  pada 13 Mac 2017 yang melibatkan St Yohanes Mandalom dan St Damianus Enubai.

HIW2

Program ini dimulakan dengan perayaan ekaristi yang diupacarakan oleh Fr. David Mamat selaku paderi paroki Tenom.  Didalam homilinya Fr. David berpesan agar anak-anak sentiasa menghormati para ibu bapa dan juga warga emas kerana jasa mereka itu tidak dapat dibalas dengan wang ataupun apa-apa kemewahan, tetapi hanya perlu dibalas dengan kasih sayang sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang yang penuh terhadap anak-anak mereka.

HIW3

Selesai misa kudus, para warga emas diraikan dengan acara pemotongan kek dan makan bersama yang telah disajikan oleh anak mereka masing-masing.   Pada masa yang sama umat di Zon 4 juga berkesempatan beramah mesra dengan mereka yang diraikan.

HIW4

Bagi menyokong  program  ini ahli Majlis Pastoral Paroki (MPP) yang diketuai oleh saudara Mathew Tulas dan Tunik Tulas serta saudara Tony Wong selaku Pengerusi Komiti Keluarga turut hadir.  Dalam kesempatan ini pengerusi pelayan komuni saudara Majius Sundaling dan Timbalan  Pengerusi TPBPT saudara Juanis Marcus Bondiol juga tidak ketinggalan  turut serta  dalam  program ini – Christy F. Anjun.

HIW5

PERTEMUAN PERTAMA CSG GEOMATIKA KENINGAU

KENINGAU – Buat pertama kalinya pelajar-pelajar Katolik di Kolej Geomatika kampus Keningau telah berkumpul bersama untuk mengadakan pertemuan pertama bertempat di Katedral St. Francis Xavier pada 23 Februari yang lalu. Seramai 21 orang pelajar telah menghadiri pertemuan ini yang juga dihadiri oleh 2 orang dari Tim Kampus Ministri Keuskupan Keningau. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan tentang penubuhan Catholic Student Group (CSG) bagi pelajar Katolik di Kolej Geomatika agar mereka mempunyai persatuan yang membolehkan mereka lebih dekat dengan aktiviti-aktiviti rohani dan memperkembangkan iman mereka.

CSG1

Pertemuan dimulakan dengan puji-pujian yang dipimpin oleh pelajar dan seterusnya sesi ‘Ice breaking’ yang dikendalikan oleh Tim Kampus Ministri. Seterusnya, diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa CSG dan setelah undian dilakukan, maka terbentuklah AJK CSG Kolej Geomatika. Pengerusi ialah Sdri. Rina Jekeleh, Timbalan Pengerusi Sdra. Fredoline Komudis, Setiausaha Sdri. Olivetti Nisol, Timbalan Setiausaha Sdra. Rayner Andrew, Bendahari Sdri. Sherrylia Alexius dan Timbalan Bendahari Sdra. Wenceslaus Sulibi. Setelah itu, diadakan perbincangan mengenai takwim dan aktiviti-aktiviti CSG sepanjang tahun 2017.

Adalah diharapkan agar CSG Geomatika akan terus berjalan bersama demi untuk perkembangan iman sesama melalui aktiviti yang dirancang dan perkongsian iman antara ahli CSG – Nando.

RETRET PENYEMBUHAN PERIBADI

Apin-Apin: Komiti Pembaharuan Karismatik Katolik (KIPKK) Katedral St Francis Xavier pada 10-12 Mac yang lalu telah menganjurkan “Retret Pemyembuhan Peribadi” bertempat di Gereja St Anthony Apin-Apin dengan penyertaan seramai 533 peserta yang datang dari Paroki KSFX, sekitar Keuskupan Keningau, Keuskupan Agung Kota Kinabalu dan 20 peserta datang dari Miri, Sarawak.

RPP1

Pembukaan Retret telah dimulai dengan Misa Kudus dan dipimpin sendiri oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Dalam homili singkatnya, beliau berpesan kepada para peserta agar terbuka terhadap Roh Kudus. Roh Kudus akan memimpin, membimbing sekaligus menyembuhkan. Keterbukaan terhadap kuasa Roh Kudus, semakin mendekatkan diri kita kepada Yesus Kristus dan akan menghasilkan buah-buah Roh.

RPP2

Bagi menjayakan retret pada kali ini, Tim KIPKK telah menjemput Saudara Maurice Awit, Saudara Lius Yonolon dan Sister Florence Gidang FSIC sebagai penceramah dalam retret tersebut.

Sepanjang retret ini, peserta dibawa dan diisikan dengan pengisian rohani seperti ceramah, pujian dan penyembahan, sesi doa penyembuhan rohani dan fizikal, permenungan Firman Tuhan dan juga sesi kaunseling. Pada sesi terakhir, peserta diberi kesempatan untuk didoakan dalam doa pencurahan Roh Kudus dan doa perutusan.

RPP3

Dalam sesi kesaksian, ramai peserta maju dan mengongsikan pengalaman akan pengampunan. Pengampunan yang datang dari hati terdalam telah membebaskan mereka dari penyakit rohani dan disembuhkan dari tekanan jiwa serta penyakit fizikal. Di penghujung sesi, Saudara Maurice Awit mengingatkan para peserta agar memulakan cara hidup rohani yang lebih baik dengan setia kepada doa-doa peribadi, doa rosari dan membaca dan merenungkan Firman Tuhan serta melayani sesama – Jika George.

PEMBERKATAN PERKAHWINAN BERAMAI-RAMAI

PK1

KSFX – Pemberkatan perkahwinan beramai-ramai telah diadakan pada 4 Mac yang lalu bertempat di Gereja Katedral St Francis Xavier, Keningau seawal jam 9 pagi. Seramai 21 pasangan hadir untuk diberkati perkahwinan mereka. Sebahagian pasangan adalah calon baptis pada malam Paskah nanti, sedangkan sebahagian lagi adalah ibubapa dari pelajar Inisiasi Kristian Kanak-Kanak (IKK) dan Inisiasi Kristian Remaja (IKR). Pemberkatan perkahwinan tersebut disempurnakan oleh Rev Fr Bonaventure Unting.

PK2

Dalam homilinya, Rev Fr Bonaventure Unting menekankan bahawa “Apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia.” (Mat 19:6). Beliau menjelaskan bahawa di dalam Gereja Katolik tidak ada istilah perceraian. Tidak ada yang boleh membatalkan perkahwinan tersebut kecuali kematian. Jika salah satu pasangan meninggal dunia, pasangan lain boleh menikah kembali secara Katolik.

PK3

PK4

Lanjutnya, beliau berpesan bahawa tujuan utama sebuah perkahwinan ialah supaya pasangan itu dapat saling tolong-menolong, dapat saling melengkapi dan saling memberkati antara mereka. Mereka juga dituntut menjadi ibubapa yang bertanggungjawab bagi anak-anak mereka. – Stefhanie Jaikul.