MALAM PASKAH: KEBANGKITAN KRISTUS MEMBERI HARAPAN, KEYAKINAN DAN SUKACITA

MP1

KSFX – Sekitar 6,000 umat Katolik Paroki Katedral St Francis Xavier memenuhi Dataran Terbuka Keuskupan Keningau guna mengikuti jalannya Perayaan Malam Paskah di tahun 2017 ini, (15/4/). Perayaan Malam Paskah dipimpin oleh YM Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.

MP2

MP3

Dalam homilinya, Bapa Uskup menegaskan bahawa umat manusia diselamatkan berkat sengsara, kematian dan kebangkitan Yesus. Dia bangkit bererti Dia sungguh-sungguh hidup dan tinggal bersama dengan kita sampai akhir zaman.

MP4

MP5

Lanjutnya, Bapa Uskup mengatakan bahawa kita yang ada dan tinggal di dunia ini, sedang dalam perjalanan. Perjalanan menuju ke rumah Bapa. Untuk menuju ke rumah Bapa, kita memerlukan Kristus yang adalah cahaya yang menerangi langkah hidup kita.

MP6

MP7

Menurut Bapa Uskup, perayaan Paskah bukanlah satu perayaan “datang dan pergi” tetapi satu perayaan yang semangatnya menyertai, menguasai, menyemangati gaya hidup kita. Kebangkitan Kristus memberi harapan, keyakinan dan sukacita kepada kita yang menaruh kepercayaan kepada-Nya.

MP8

MP9

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Perayaan Malam Paskah diawali dengan kegelapan. Kegelapan yang melambangkan kegelapan makam Yesus. Dan upacara penyalaan lilin Paskah sebagai simbol kebangkitan Yesus Kristus yang menjadi terang bagi dunia.

MP10

Dalam kesempatan yang sama, Bapa Uskup menerima 143 para baptisan baru. Para baptisan baru ini adalah mereka yang bernaung di bawah Paroki Katedral St Francis Xavier sahaja. Bapa Uskup berpesan kepada para baptisan baru, agar mereka rela mahu dipakai oleh Tuhan sebagai agen perubahan dan berani menjadi saksi iman dimanapun mereka berada.

JUMAAT AGUNG: MENYALIBKAN DIRI BERSAMA YESUS

JA6

KSFX – Seramai 8,000 umat Katolik di sekitar Paroki Katedral St Francis Xavier, Keningau, hadir dan memenuhi Dataran Terbuka Keuskupan Keningau, Jumaat (14/4). Sejak jam 1 petang, umat mulai berdatangan dan memenuhi tempat-tempat duduk yang telah disediakan. Mereka hadir untuk mengikuti Ibadat Jumaat Agung dan Penghormatan Salib. Ibadat Jumaat Agung dan Penghormatan Salib dipimpin sendiri oleh YM Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.

JA1

Dalam homili Bapa Uskup, beliau menjelaskan bahawa Jumaat Agung jika diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, ianya disebut sebagai “Good Friday”. Apakah yang “Good” dalam Jumaat Agung ini? Tidak ada yang baik dan boleh kita banggakan daripada apa yang berlaku, kata Bapa Uskup. Semuanya tentang kejahatan dan pembunuhan. Tetapi apa yang baik dari dari peristiwa ini ialah kita diselamatkan dan ditebus oleh Yesus (kesengsaraan, kematian dan kebangkitan-Nya).

JA2

Lanjutnya, Bapa Uskup mengajak umat yang hadir untuk merefleksikan tentang memanggul salib. Setiap orang harus “menyalibkan” diri. Bagaimana cara untuk menyalibkan diri. Dia harus berani mengosongkan diri dari segala bentuk cara hidup negatif, cara hidup lama. Setiap orang harus membuang: kesombongan, iri hati, dengki dan keangkuhan.

JA3

Prosesi penghormatan salib diadakan setelah Ibadat Jumaat Agung selesai. Umat dari aneka latar belakang pekerjaan dan usia, berbaris menunggu giliran agar dapat menghormati salib (mencium salib). Penghormatan salib merupakan bentuk penyerahan diri dan rasa syukur atas ditebusnya dosa umat manusia oleh Tuhan Yesus.

JA4

Ibadat Jumaat Agung dan Penghormatan Salib berakhir pada jam 5.30 petang. Bapa Uskup mengajak umat yang hendak pulang agar beredar dalam keadaan senyap sebagai solidariti dalam penderitaan dan kematian Yesus.

JA5

KHAMIS PUTIH: MELAYANI DAN BUKANNYA DILAYANI

KSFX – Sekitar 4,000 umat Katolik, Khamis, memenuhi Dewan Terbuka St Francis Xavier untuk memperingati Khamis Putih, yakni dimulainya peristiwa Tri Hari Suci sebelum perayaan puncak Paskah pada Minggu (16/4).

KP1

KP2

Dalam kata pembukaan, Bapa Uskup menjelaskan mengapa umat Katolik merayakan Khamis Putih. Bagi umat Katolik, Khamis Putih merupakan perayaan mengenangkan peristiwa perjamuan malam terakhir antara Yesus dan murid-murid-Nya. Perjamuan malam terakhir Yesus bersama murid-murid-Nya sebelum Yesus ditangkap, diadili, disalibkan, mati dan bangkit di hari Paskah. Beliau turut menjelaskan bahawa perjamuan terakhir itu bukanlah perjamuan keputusasaan melainkan perjamuan yang penuh keakraban, perjamuan persaudaraan.

KP3

KP4

Dalam perjamuan malam terakhir, Yesus membasuh kaki para murid-Nya. Tindakan Yesus membasuh kaki merupakan tindakan simbolis yang menyimbolkan penyerahan diri, pembersihan, pengampunan. Pembasuhan kaki yang Yesus lakukan juga menyimbolkan kerendahan hati dan keinginan untuk menjadi “hamba”  yang mahu melayani orang yang hina sekalipun.

KP5

KP6

Bapa Uskup menerangkan bahawa, pembasuhan kaki biasa dilakukan oleh hamba kepada majikannya. Jadi, peristiwa Yesus membasuh kaki murid-muridnya dilihat sebagai simbolisasi atas sifat Yesus yang patut diteladani iaitu mahu merendahkan hati bagi orang lain. Bahkan Yesus pun mau membasuh kaki murid yang kelak mengkhianatinya, Yudas Iskariot.

KP7

KP8

Dalam perjamuan yang sama, Yesus menetapkan dua Sakramen iaitu, Sakramen Ekaristi dan Sakramen Imamat. Bapa Uskup menyeru kepada para belia, untuk berani menyahut panggilan menjadi seorang Paderi. Tanpa seorang Paderi atau Uskup, tidak mungkin roti dan anggur dapat diubah menjadi Tubuh dan Darah Tuhan Yesus.

KP9

KP10

Setelah perayaan Ekaristi, diteruskan dengan upacara kebaktian kepada Sakramen Mahakudus (tuguran). Umat berkesempatan untuk hadir dan mengambil bahagian berjaga-jaga bersama Yesus hingga jam 12 malam.

KP11

KP12

MISA KRISMA: PEMBAHARUAN JANJI KESETIAAN DAN PEMBERKATAN MINYAK

KSFX – Perayaan Misa Krisma, Pembaharuan Janji Kesetiaan para paderi dan Pemberkatan Minyak di Keuskupan Keningau berlangsung di Gereja Katedral St Francis Xavier, Isnin (10/4). Perayaan dipimpin secara konselebran oleh Uskup Keuskupan Keningau bersama para paderi.

MK1

Dalam perayaan Ekaristi ini, para paderi berkesempatan memperbaharui janji imamat mereka. Pembaharuan ini bertujuan mengingat kembali janji panggilan suci yang telah dilafazkan pada saat tahbisan. Selain pembaharuan janji imamat, Bapa Uskup juga memberkati minyak-minyak yang akan digunakan di dalam pelayanan Gereja.

Dalam homilinya, Bapa Uskup mengingatkan kepada para paderi bahawa panggilan utama mereka iaitu mewartakan khabar gembira: Paderi harus melayani dengan Roh Tuhan, dan menampilkan semangat pelayanan seperti Kristus. Paderi dipanggil untuk  memimpin, mengajar dan menguduskan. Hal ini tidaklah mudah untuk dilakukan. Untuk itu, diperlukan kesetiaan dan relasi yang akrab dengan Tuhan Yesus.

MK2

Lanjutnya, Bapa Uskup berpesan bahawa selaku Paderi atau Uskup perlu menyedari dan mensyukuri tugas pelayanan yang diamanatkan melalui pentahbisan.

Kepada umat beriman, doakan para Paderi dan Uskup di dalam tugas pelayanan mereka sehari-hari.

Perayaan Ekaristi berakhir pada jam 8 malam. Setelah itu Bapa Uskup, para Paderi, para Seminarian, dan para jemputan menikmati makan malam bersama di Dewan Terbuka Pusat Pastoral Keuskupan (PPK).

KEMPEN DERMA DARAH: ANJURAN PERSATUAN KABABAYAN SABAH DAN PERSATUAN HOSPICE KENINGAU

KDD1

KSFX – Akhir-akhir ini mungkin kita sering menerima pesan melalui WhatsApp, facebook atau SMS yang mencari siapa pun yang bersedia menjadi penderma darah. Tak jarang pula pesakit yang memerlukan darah tersebut dikhabarkan meninggal dunia kerana tidak adanya persediaan darah yang sesuai.

KKD2

Persatuan Kababayan Sabah (PKS), Keningau bersama Persatuan Hospice Keningau telah bekerjasama dengan Tabung Darah Hospital Keningau dalam mengadakan Kempen Derma Darah, Minggu (9/4). Menurut Pengerusi Persatuan Kababayan Sabah (bahagian Keningau) iaitu Puan Cherilyn Rondidas, Kempen Derma Darah merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sebagai salah satu sumbangan Persatuan kepada masyarakat. Kempen pada kali ini diadakan sempena masa Prapaskah dan ini merupakan tindakan cintakasih.

KKD3

Menurut Puan Cherilyn Rondidas, banyak berita beredar mengenai pelaksanaan derma darah di berbagai kegiatan sosial, nyatanya kegiatan derma darah belum menjadi gaya hidup. Buktinya sudah jelas, banyak pesakit yang memerlukan bantuan darah harus kerja keras mencari penderma darah.

KKD4

Selain itu, beliau mengangkat soal mitos yang menghalangi calon penderma untuk memberikan darahnya, antara lain, kekhuatiran tekanan darah akan naik (hipertensi) hingga soal penularan penyakit. Mitos-mitos tersebut tidak terbukti kebenarannya dan Tabung Unit Darah memiliki standard prosedur kerana dari petugas pengambilan darah telah melalui training, termasuk dalam hal penggunaan alat jarum yang steril dan sekali guna.

KKD5

Pada kesempatan yang sama, PKS dan Hospice Keningau berterima kasih kepada semua penderma yang telah turut serta dalam Kempen Derma Darah pada kali ini. Seramai 20 orang telah berpartisipasi dan aktiviti tersebut berakhir pada jam 1 petang.

KKD6