JANGAN TAKUT!

 HARI MINGGU BIASA KE – 12 ( A )

Bc.1.Yer.20:10-13      Bc.2. Rom.5:12-15      Bc.3. Mat 10:26-33

Umat  sekalian dalam Kristus! Tujuan hidup kita ialah hidup bahagia bersama Tuhan, baik di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Tuhan memanggil kita kepada kebahagiaan itu dan menghindarkan ketakutan; Ia menunjukkan jalan dan Ia memberikan kepada kita daya upaya supaya tetap berani  berjuang untuk mencapai tujuan itu. Marilah kita selalu mengucap syukur atas karunia iman yang teguh, dan memohon agar kita semakin hidup sesuai dengan iman itu.

JANGAN TAKUT!

            Jangan takut …. Tidak ada apa yang perlu ditakuti!

            Yesus dengan tegas memberitahu murid-murid-Nya supaya tidak takut. Yesus tahu bahawa murid-murid-Nya akan menghadapi penganiayaan yang akan menggoncangkan iman mereka. Bahkan mereka akan dihukum mati kerana mempertahankan iman mereka… Kerana itu, Yesus ingin memberitahu mereka supaya tidak diselimuti dengan ketakutan dan berhenti takut untuk mewartakan khabar baik dari atas atap rumah, walau sekali pun berhadapan dengan bahaya.

            Pada hari ini, ramai umat Kristian yang dianiaya dan dibunuh kerana taat setia mempertahankan iman sebagai pengikut Kristus. Kita percaya bahawa mereka rela dianiaya dan dibunuh dengan cara yang mengerikan kerana mereka yakin akan janji Yesus, “Janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa: takutlah terutama kepada Dia, yang berkuasa membinasakan baik jiwa mahupun tubuh di dalam neraka.” Jadi, jangan takut kerana Tuhan berpihak kepada kita.

            Bagi kita yang mungkin tidak menghadapi cabaran iman seburuk itu, kita juga diajak oleh Yesus supaya berpegang kepada kata-kata-Nya “Jangan takut…” dalam masa kita menghadapi berbagai-bagai cabaran hidup. Tiap-tiap kita apapun status dan keadaan kita, kita tetap berharga di mata Tuhan. Kalau rambut yang terkecil dalam anggota badan kita masih terhitung sebagai yang berharga dan kalau burung pipit mendapat makan tanpa jerih payah, apa lagi kita manusia yang diciptakan menurut rupa dan gambarnya amatlah berharga dan dilindungi dari segala apa yang menakutkan.

            Jangan kita jadi lemah sehingga kita menggadai iman kita. Jika kita menggadai tubuh kita kerana iman itu adalah tindakan yang sangat mulia. Namun jika kita jatuh kita akan kehilangan Tubuh dan Jiwa kita kerana Yesus memberi amaran bahawa “Setiap orang yang mengakui Aku di depan manusia, Aku juga akan mengakuinya di depan Bapa-Ku di syurga. Tetapi sesiapa yang menyangkal Aku di depan manusia, Aku juga akan menyangkalnya di depan Bapa-Ku yang di syurga.” Amat dasyat akibatnya jika kita dengan sedar menyangkal Tuhan.

            “Kita berhadapan dengan banyak cabaran dalam hidup kita; kemiskinan, tekanan, penganiayaan, ketidakadilan, kesulitan untuk bertaubat, kesulitan untuk setia dalam hidup kekudusan dan banyak lagi yang lain. Namun jika kita terbuka kepada Yesus dan membenarkan Dia menjadi pusat hidup kita, dan jika kita kongsikan sukacita dan penderitaan kita dengan-nya maka kita akan mengalami sukacita dan damai sejahtera kerana hanya Dia sahajalah yang dapat menganugerahkan itu kepada kita kerana kasih-Nya tidak berkesudahan” (Pope Francis).

            Semoga kesulitan hidup kita ini tidak mengambil tempat sukacita dan damai yang sudah tertanam dalam diri kita melalui kuasa Roh Kudus yang telah dianugerahkan kepada kita melalui Sakramen Penguatan. Marilah kita ajak Yesus dalam hidup kita supaya kita dapat berjalan bersama dengan Dia tanpa sebarang ketakutan.

Ya Allah, kami telah disegarkan dengan santapan Tubuh Kristus yang kudus dan mulia.
Penuhilah kami dengan kerahiman-Mu agar misteri yang berulang kali kami rayakan ini menjadi jaminan penebusan kami. Dengan pengantaraan Kristus, Tuhan kami, yang hidup dan berkuasa sepanjang segala masa. Amin.

KEM BELIA ZON MINAWO KE-2 TAHUN 2017

Keningau, Sabah – Komiti Belia Katolik Zon Minawo telah mengadakan Kem Belia peringkat Zon Minawo pada 2 hingga 3 Jun 2017, bertempat di KUK St.Yohanes Rasul, Bomboi, Keningau. Tema bagi kem ini ialah “Ikutilah Aku” (Yoh:21:15-19).

belia dgn baner

Sepanjang kem ini, terdapat beberapa sesi ceramah dan aktiviti kerohanian  yang diadakan. Terdapat dua sesi ceramah yang diadakan pada hari yang pertama iaitu sesi yang berkaitan tentang peranan dan tugas belia di dalam dan luar Gereja. Sesi-sesi ini dikendalikan oleh Saudara Ronnie Alfred dan Saudara Patrick Marius.

Pada hari yang seterusnya, sesi yang berikutnya disampaikan oleh Kat. Severinus, bertajuk “Memahami Firman Allah”. Sesi yang terakhir, dengan tajuk “Cabaran Belia Pada Masa Kini” disampaikan oleh Saudara Freddy Hendrikus.

Pada malam 2 Jun, peserta kem yang berjumlah seramai 90 orang dibawa dalam sesi refleksi. Dalam sesi refleksi ini para peserta diberi kesempatan untuk merenungkan kehidupan mereka bersama Yesus. Selain itu, beberapa indoor games juga telah diadakan dan para peserta kelihatan gembira dengan semua aktiviti yang telah mereka ikuti.

ungun apaiii

Melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam kem ini, para peserta dapat lebih mendalami iman mereka terhadap Yesus Kristus dan lebih mengetahui peranan mereka sebagai belia Katolik. Di samping itu para peserta juga dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara belia dalam Zon Minawo. Secara keseluruhannya, pelaksanaan aktiviti seperti ini dapat membantu perkembangan belia yang merupakan tonggak utama dalam komiti Katolik.

tanpa baner

Pelaksanaan kem sebelum ini yang pernah diadakan buat kali pertama di gereja St. Joseph, Minawo mendapat sambutan dan maklum balas yang positif. Oleh itu, pihak penganjur memutuskan acara ini untuk dijalankan sebagai aktiviti tahunan KBK Zon Minawo. –  Floly Tadius

PERAYAAN 3 DALAM 1 PERINGKAT ZON MINAWO

MINAWO: Pada 10 Jun 2017, Seramai hampir 250 orang umat di seluruh Zon Minawo berkumpul bersama dalam Perayaan 3 dalam 1 iaitu sambutan Ulang Tahun Keuskupan (UTK) ke 24 peringkat Zon, Pemberkatan dan Perasmian Gereja baharu KUK St. Isedorus Tombotuon Baru dan sambutan perayaan kaamatan peringkat Zon. Perayaan 3 dalam 1 ini bertemakan JADILAH CONTOH DAN TELADAN YANG BAIK KEPADA SIAPA SAHAJA.

Gimik perasmian bangunan gereja oleh Rev Fr diiringi YB Datuk Ellron Alfred Angin, Pengerusi Zon dan semua pengerusi KUK

Perayaan dimulakan dengan upacara pemberkatan gereja seterusnya misa perayaan yang diupacarakan oleh Rev. Fr Harry Dorisoh. Di dalam homili, Rev. Fr Harry  mengajak semua umat untuk memberi teladan yang baik antara sesama khususnya di dalam keluarga kerana segalanya bermula dari rumah. “Dengan cara ini barulah kita dapat memberi teladan yang lebih baik kepada orang diluar sana khususnya kepada mereka yang mungkin tidak seiman dengan kita”. Dalam program yang sama juga Rev. Fr Hatty menyerahkan banting “menuju Jubli Perak Keuskupan Keningau” kepada semua pengerusi-pengerusi KUK dalam zon minawo.

Ucapan perasmian oleh Rev Fr Harry Dorisoh

Dalam program yang sama juga Rev. Fr. Harry menyerahkan banting “menuju Jubli Perak Keuskupan Keningau” kepada semua pengerusi-pengerusi KUK dalam  Zon Minawo.

Penyerahan Banting Menuju UTK ke-25 JUBLI PERAK

Saudara Severinus Kondu selaku Pengerusi Pelaksana Perayaan pada kali ini turut merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada pihak paroki khususnya Bapa Uskup diatas keprihatinan menggantikan bangunan gereja lama yang telah usang kepada bangunan gereja baru yang lebih selesa untuk kegunaan umat di kampung ini.

Acara pemotongan KEK perayaan 3 dalam 1 dan sambutan Hari Bapa kepada semua golongan bapa

Didalam kemeriahan perayaan, golongan bapa juga diraihkan bersempena dengan Hari Bapa yang bakal menjelang. Disamping itu Rev Fr Harry juga sempat bersama dengan semua kanak-kanak di Zon Minawo menyerahkan oleh-oleh perayaan yang telah disediakan oleh Komiti LSKK.

Rev. Fr. Harry mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama semua umat di Zon Minawo.

Program yang julungkali diadakan di peringkat zon ini juga turut dihadiri ADUN Sook YB Datuk Ellron Alfred Angin, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri berserta PPM Sook En. Charles Ikang untuk memeriahkan lagi suasana sambil mengambil peluang meninjau keperluan dan keadaan Kampung Tombotuon Baru.

AKIBAT DARI PEMILIHAN ISRAEL

HARI MINGGU TUBUH DAN DARAH KRISTUS

18.06.2017

Saudara-saudari sekali dalam Kristus! Hari ini kita merayakan Pesta Tubuh dan Darah Kristus;

*Tubuh Kristus yang dipecah-pecahkan bagi kita;

* Darah Kristus yang ditumpahkan bagi kita.

Dalam PerayaanEekaristi:

*Roti dipersembahkan kepada Allah, dikuduskan menjadi “Tubuh Kristus dan dihidangkan bagi kita semua;

*Anggur dipersembahkan, disucikan menjadi Darah Kristus, dan dihidangkan supaya kita minum.

Walaupun pada hari ini kita tidak dapat merayakan Ekaristi, namun, marilah kita dalam roh, kita merasa bersatu dengan umat di tempat lain yang hari ini merayakan Ekaristi. Marilah kita datang menghadapkan diri kepada Allah yang hidup, Allah yang berkenan hadir di tengah-tengah kita.

Akibat dari pemilihan Israel

Bc.1. Ul 8:2-3,14-16           Bc.2. 1Kor 10:16-17                           Bc.3. Yoh 6:51-58

Amos menegaskan bahawa hukuman dijatuhkan keatas  bangsa Israel, bangsa pilihan Allah sendiri. Yang menghairankan adalah bangsa Israel adalah satu-satunya bangsa yang Tuhan kenal, yang Tuhan Pilih, maka Tuhan menuntut bangsa Israel dapat bersikap baik dan kudus seperti Allah adalah kudus. Pilihan Allah tidak bererti Israel boleh bertingkah laku sesuka hati sendiri, mereka harus mengakui bahawa mereka adalah pilihan Allah yang bererti sebagai panggilan yang kudus yang perlu dijalani dan ditanggapi dengan serius penuh syukur dan diwujudkan dalam kehidupan sehari-hari, menjauhkan diri dari dosa.

Kehidupan bangsa Israel yang tidak menentu menjadikan segala peringatan para nabi diragukan, demikian juga nubuat tegas dari Amos ini pun dipertanyakan keasliannya. Soalnya, Israel lebih terbuka kepada pesan sesat para nabi palsu. Amos kini memberikan dukungan bagi suara kenabiannya yang bagaikan suara singa mengaum itu. Tak ada nabi dapat bernubuat, kecuali Allah menggerakkannya. Contoh-contoh yang Amos berikan tidak sahaja berbicara tentang hubungan sebab dan akibat, tetapi lebih penting adalah hubungan persekutuan akrab nabi dan Tuhan yang diumpamakan seperti hubungan persahabatan. Kerana nabi senantiasa mendengarkan suara Allah, maka nabi mengaumkan suara dahsyat amarah Allah.

Auman singa nubuat penghakiman itu memang dahsyat. Tuhan tidak akan membuat pengecualian terhadap umat yang dikasihi-Nya, Tuhan pun tidak akan membuat hukuman-Nya sebagai urusan pribadi bangsa Israel. Sebaliknya hukuman itu akan bersifat terbuka sehingga bangsa-bangsa kafir musuh Allah tahu bahawa umat-Nya sedang dihukum oleh Tuhan.

Jika dahulu Allah menghancurkan Mesir demi mengangkat Israel sebagai umat-Nya, kini hukuman Tuhan akan membuat Israel mengalami kehancuran. Penjarahan, kehancuran, kehinaan akan harus ditanggung oleh umat yang keras hati itu. Singa telah mengaum, seharusnyalah mereka takut dan bertobat!

Kita sering beranggapan pelaku penindasan adalah kaum lelaki. Nyatanya, para isteri,  kaum wanita -diumpamakan seperti lembu liar kerana penuh kekerasan, penindasan dan hawa nafsu. Para isteri dalam budaya Israel menyapa suami mereka dengan sebutan tuan = pemilik. Mereka mendorong para suami melakukan korupsi dan penindasan. Kerana itu mereka juga dihukum oleh Tuhan.

Pelanggaran dan dosa Israel sebagai umat Allah sudah menjadi dashya  kerana telah melibatkan semua orang dan meliputi seluruh aspek kehidupan: sosial, ekonomi dan keagamaan. Dosa dalam kehidupan keagamaan yang dinilai jahat oleh Tuhan: pertama, motivasi yang bengkok dalam beribadah. Mereka melakukan upacara ibadah secara teratur dan tertib dengan persembahan yang melimpah ruah untuk merayu Allah, agar Allah melupakan kejahatan mereka. Kedua, mereka kelihatan begitu saleh, tetapi sebenarnya mereka adalah penindas kaum lemah. Saleh tetapi tidak bermoral. Keagamaan dan kerohanian berjalan serasi dengan penindasan kaum miskin dan lemah, korupsi, memutuskan perkara secara tidak adil, dan sebagainya. Ini sungguh bertentangan dengan pemahaman iman tentang erti ibadah. Ibadah dalam erti sesungguhnya adalah pengabdian secara utuh kepada Allah dalam bentuk upacara yang juga meliputi sikap hidup sehari-hari.

Dosa akhirnya membuat mereka keras hati. Tujuh tindakan dalam kejadian alam, sosial, ekonomi dan politik sudah Tuhan lakukan sebagai peringatan keras, namun Israel sama sekali tidak peka akan hardikan Tuhan itu. Itu sebabnya, suara Allah berubah menjadi auman singa ganas yang siap menerkam dan mematikan.

Ibadah seharusnya membuat kita semakin peka akan kemuliaan Allah, dan semakin terdorong mewujudkan sifat mulia ilahi itu dalam seluruh hubungan sosial kita. Kasih Tuhan tidak membuat Dia mengorbankan kesucian dan keadilan- Nya. Kerana itu, selaku umat pilihan yang menerima kasih-Nya kita harus hidup serasi dengan sifat-sifat-Nya.

Bacaan Injil hari ini bertentangan dengan bacaan pertama; bangsa Israel diterpa badai dahsyat tidak bermoral, berdosa dan jahat, hidup mereka bergelimang dosa dan hidup mereka menuju bencana dan kematian kekal. Namun sebagai bangsa pilihan Allah, satu-satunya bangsa yang dikenal Allah, Tuhan mengirimkan nabinya untuk memperingatkan mereka agar mereka bertobat dan kembali pada Allah. Itulah bentuk kasih Allah kepada bangsa pilihan-Nya namun hal ini ditolak.

Para murid yang sedang naik perahu bersama Yesus, tiba-tiba diserang badai angin taufan yang dahsyat. Perahu mereka terombang-ambing dan mahu karam, mereka sangat ketakutan sebab nasib mereka tenggelam binasa dan kematian akan merenggutnya. Namun dalam keadaan terkejut  mereka tidak kehilangan akal fikiran, para murid memanggil Yesus yang saat itu sedang tidur pulas. Disinilah kunci sukses dan keberhasilan mereka terlepas dari bencana, mereka mencari Tuhan.

Penakut memang mempunyai dua sikap; iaitu menutup atau mengurung diri atau membuka diri dengan rendah hati. Secara jujur jika sekiranya kita semua memiliki ketakutan tertentu, misalnya tidak lulus ujian, takut gagal, takut berbuat baik, takut maju, tumbuh dan berkembang atau berubah menjadi lebih baik dsb.  Sabda hari ini mengingatkan dan mengajak kita semua bahawa jika kita merasa takut kita perlu membuka diri dengan rendah hati terhadap berbagai bantuan dari orang lain mahupun dari Tuhan. Jika tidak ada orang lain yang bersedia membantu atau meringankan ketakutan kita, marilah meneladan para murid, yang berseru “Tuhan, tolonglah, kita binasa”. Tumbuh berkembang sebagai pribadi beriman, sebagai yang terpanggil sebagai suami-isteri, paderi, religius memang tidak akan terlepas dari bermacam-macam masalah,cabaran dan hambatan yang dapat membuat kita takut bertumbuh, berkembang dan maju.

Jika kita setia pada panggilan dan tugas pengutusan kita masing-masing, ketika merasa takut hendaklah dengan rendah hati segera menghadap Tuhan dan berdoa untuk mohon rahmat dan bantuanNya seraya mengakui bahawa Tuhan yang mengutus, Dia pula yang akan menyelesaikan-nya pula. Bersama dan bersatu dengan Tuhan hidup baik, jujur dan berbudi pekerti luhur, kita pasti mampu mengatasi ketakutan dan semakin terampil setiap menghadapi berbagai cabaran, hambatan mahupun masalah. Maka baiklah sebagai orang beriman atau beragama kita tidak melupakan hidup doa, marilah kita awali hidup kita hari ini dengan doa singkat  setiap kali kita melaksanakan tugas atau kewajiban, sehingga hidup dan kerja ini ditopang oleh  Allah di dalam segala sesuatu atau segala sesuatu dalam Allah.

“Ujilah aku ya Tuhan, dan cobalah aku, selidikilah hatiku dan batinku. Sebab mataku tertuju pada kasih setiaMu, dan aku hidup dalam kebenaranMu” (Mzm 26:2-3).

Allah, Bapa Yang Maha Pengasih, kami bersyukur kerana telah Kauanugerahi Tubuh
dan Darah Putera-Mu. Kami mohon, ajarilah kami memahami dan menghayati, bahawa Engkau selalu hadir di tengah-tengah kami serta sentiasa mendampingi kami, sehingga apa yang kami lakukan untuk mengenangkan Dikau menjadi titik permulaan perjamuan abadi. Demi Kristus, Tuhan kami. Amin.

INSTITUT SEKULAR KOMUNITI BETANIA (ISKB)

Jadi ISKB? Siapa takut…?!

Betania 1

Dalam persimpangan jalan?

Masih berfikir dimanakah arah panggilan hidup saya ini?

Apakah saya terpanggil untuk menjadi

ANGGOTA BETANIA?

Tunggu apa lagi… Jom bersama kita berkenalan dengan

KOMUNITI BETANIA

Betania 2

Untuk keterangan lanjut, Sila berhubung dengan:

  • Mary Tunsin  –  010 983 8365

  • Rita Titing  –  019 802 7066

  • Rose Sintum  –  014 554 6978

  • Emiliana Gindong  –  011 1952 9377