526 ORANG CALON MENGIKUTI UPACARA PENERIMAAN KATEKUMEN

WhatsApp Image 2017-08-17 at 10.55.32 AM

KENINGAU : Seramai 526 orang telah mengikuti Upacara Penerimaan Katekumen Peringkat Paroki KSFX. Upacara penerimaan in bertempat di Katedral St. Francis Xavier. Jumlah ini adalah jumlah keseluruhan katekumen dari 10 Zon dalam Paroki KSFX iaitu dari Zon Biah, Zon Senagang, Zon Magatang, Zon Bingkor, Zon Apin-apin, Zon Toboh Laut, Zon Menawo, Zon Liau, Zon Kapayan Baru dan Pusat KSFX sendiri. Upacara yang disempurnakan oleh Y.M Bishop Dtk. Cornelius Piong ini diadakan pada 23 Julai 2017.

WhatsApp Image 2017-08-17 at 10.55.22 AM

WhatsApp Image 2017-08-17 at 10.55.24 AM

WhatsApp Image 2017-08-17 at 10.55.33 AM

Mengutip homili Y.M Bishop Dtk. Cornelius Piong semasa Upacara Penerimaan Katekumen, beliau mengingatkan semua umat terutama para katekumen yang baru menerima upacara agar tidak merasa hairan dan kecewa akan dunia ini apabila kejahatan tetap berlaku walaupun Tuhan itu ada. Kebaikan dan kejahatan sama-sama dibenarkan hadir di dunia ini dan dalam kehidupan kita kerana belas kasih Tuhan yang memberi peluang, ingin menyelamatkan kedua-duanya iaitu pelaku baik dan pelaku jahat.

WhatsApp Image 2017-08-17 at 10.55.31 AM

Bishop  menyatakan juga cabaran pada masa kini adalah bagaimana untuk mengenal yang baik dan juga yang jahat. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah mengenal sumber kebenaran dan kebaikan iaitu Tuhan Yesus sendiri. Dalam firmanNya, “Akulah jalan kebenaran dan kehidupan.” Oleh itu, seharusnya kita mengusahakan diri untuk bersatu dengan Dia agar dikuasai dan semakin serupa dengan DiaWhatsApp Image 2017-08-17 at 10.55.30 AM

Sebab itulah setiap hari harus sentiasa berwaspada terhadap pengaruh-pengaruh yang jahat melalui sekeliling, lebih-lebih melalui kawan-kawan kita. Kawan yang baik dapat membawa pengaruh baik dan begitu juga sebaliknya. Seharusnya selalu bijaksana dan memihak kepada kebenaran. Tuhan Yesus sendirilah merupakan sumber kebijaksanaan itu. Selanjutnya Bishop memberi pesan kepada para katekumen agar tidak mensia-siakan usaha Tuhan memanggil mereka mengikuti Dia dan memihak kepada Kebenaran.

SIAPAKAH YESUS BAGI ANDA?

HARI MINGGU BIASA KE-21 ( A )

Bc.1. Yes 22:19-23                  Bc.2. Rom 11:33-36                Bc.3. Mat 16:13-20

Iman bukanlah sekadar meniru apa yang telah didengar.  Iman adalah pengalaman peribadi akan Allah yang mewahyukan diri-Nya.  Apakah kita sungguh beriman dan menghayati iman itu?  Inilah yang kita renungkan hari ini.

Siapakah Yesus bagi anda?

Pada masa yang sesuai Yesus menguji murid-muridnya dengan soalan penting: Kata orang, siapakah Anak Manusia itu? Seterusnya Yesus bertanya, Bagi kamu, siapakah Aku ini?  Petrus, sentiasa cepat untuk bertindak balas, dia berkata bahawa dia adalah Mesias, Anak Allah yang hidup. Tidak seorangpun yang manusia boleh menyatakan kepada Petrus; tetapi hanya Allah. Melalui pernyataan iman Petrus ini, maka Yesus kemudian memberikan kepada Petrus  bahawa Yesus akan mendirikan gereja yang tidak ada kuasa akan dapat mematahkannya.  Untuk memanggil seseorang “batu” adalah salah satu yang paling besar pujian. Para rabbi kuno pernah mengatakan bahawa apabila Allah melihat Abraham, dia berkata: “Saya telah menemui batu untuk mengasaskan dunia atas”. Melalui Abraham Tuhan menetapkan umat-Nya.

Melalui iman, Petrus menggenggam tentang Yesus sebenar-benar.  Dia adalah rasul pertama yang menyatakan bahawa Yesus sebagai Yang Diurapi (Messiah) dan Anak Tunggal Allah. Perjanjian Baru menerangkan gereja sebagai rumah rohani dengan setiap ahli menyertai bersama-sama sebagai batu-batu hidup (1 Petrus 2: 5). Iman dalam Yesus Kristus menjadikan kita ke dalam batu-batu atau batu rohani. Tuhan Yesus menguji setiap daripada kita secara peribadi dengan soalan yang sama: Siapakah Yesus bagi anda?

Ya Allah, kami mohon, semoga daya belaskasih-Mu menyempurnakan karya penebusan-Mu dalam diri kami. Bantulah agar dalam segala hal kami dapat hidup menurut kehendak-Mu. Dengan pengantaraan Kristus, Tuhan kami, yang hidup dan berkuasa sepanjang segala masa.

LE TALENTA NIGHT: 110 ORANG BELIA ST. PATRICK MEMBAKUT TERLIBAT

Membakut : Le Talenta Night peringkat paroki Membakut telah diadakan. 6 kumpulan koir yang melibatkan 110 orang belia naungan paroki St. Patrick Mambakut telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan pada 19 Ogos 2017 bertempat di Dewan St.Patrick. Dimeriahkan lagi dengan kehadiran umat yang datang memberikan sokongan.

FB_IMG_1503541603757

FB_IMG_1503541615987

FB_IMG_1503541622938

FB_IMG_1503541597408

FB_IMG_1503541534328Le Talenta Night merupakan satu pertandingan koir anjuran Kerasulan Belia Katolik (KBK) St. Patrick. Dimana bakat penciptaan lirik dan melodi lagu dipertandingkan. Kumpulan koir ini diadili dari segi tempo yang diadili oleh saudara Becker Ray Benedict, dari paroki St. Peter Bundu Kuala Penyu, vokal diadili oleh saudari Diana Aegidius dari paroki St.Valentine Beaufort dan persembahan diadili oleh saudari Joanne Maria Koijin dari paroki St.Yohanes Sipitang. Pengadil-pengadil jemputan ini merupakan orang-orang yang berpengalaman luas dalam pengadilan koir dan pertandingan nyanyian.

FB_IMG_1503541577854

FB_IMG_1503538156954

FB_IMG_1503538193593

Terdapat 2 kategori dalam penciptaan lirik dan melodi lagu. Lirik lagu yang bertemakan pra paska dan bertemakan sambutan Jubli Perak Keuskupan Keningau 2018. Penciptaan lagu ini diadili sendiri oleh Rev. Fr. Ronnie Luni, paderi penguasa paroki St.Patrick Membakut.

Disamping beliau merasmikan pertandingan, beliau berpesan dan berharap agar golongan belia menggunakan bakat yang ada sebaik-baiknya. Menurut beliau, anjuran Le Talenta Night adalah satu platform yang baik untuk para belia melibatkan diri dalam pelayanan Tuhan melalui bakat seni yang mereka miliki.FB_IMG_1503538221407

FB_IMG_1503541585382

Kumpulan koir yang menggabungkan empat KKD berjaya menewaskan 5 lagi kumpulan koir untuk dinobatkan sebagai Johan Le Talenta Night Paroki St.Patrick Membakut 2017. Paduan suara belia-belia gabungan KKD St.Monica Bawan, KKD St.Martha Takapan, KKD Ganah, KKD St.Edward Ambinahaton/Kabuluan ternyata telah berjaya menarik perhatian para pengadil dan juga penonton yang hadir. Kemenangan tersebut lebih manis lagi apabila salah seorang ahli kumpulan tersebut Loreta Deborah menyapu bersih dua hadiah iaitu Lirik Terbaik Tema Pra-Paska dan Tema Jubli Perak. Pemenang ini akan mewakili paroki St.Patrick ke Pesta Koir Keuskupan Keningau yang akan diadakan di Dewan Gereja St.Peter, Bundu, Kuala Penyu pada 13-15 Oktober 2017.FB_IMG_1503538015661

Kumpulan koir KBK St. Philip Sinoko pula membawa pulang dua hadiah iaitu sebagai naib johan dan juga Persembahan Terbaik. Kumpulan koir gabungan KKD St.John Of The Cross Bandau, KKD St. Thomas dan KKD Bunda Maria Limadang dan KKD Kristus Raja Tahak telah meraih tempat ketiga.

FB_IMG_1503541558996

Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan koir belia veteran (CYC) dan juga persembahan tarian sumazau. Lebih daripada 30 cabutan tiket bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi pertandingan. Program pada malam tersebut selesai pada jam 10 malam dengan doa penutup yang dipimpin oleh Rev.Fr.Ronnie Luni. –KOMSOS St.Patrick Membakut

PENGANGKATAN BONDA MARIA DAN PESTA ST. TARSISIUS

IMG_9719

KENINGAU  : Misa senja sempena dengan pengangkatan Bonda Maria ke syurga dan Pesta Ulang Tahun St. Tarsisus yang juga merupakan santo penaung bagi pelayan altar telah diadakan. Misa ini telah diadakan pada 14 Ogos 2017 di Gereja KSFX.

Perayaan ini dimulakan dengan Doa Rosari di  Grotto KSFX. Kemudian perarakan mengangkat patung Bonda Maria masuk ke dalam gereja. Perarakan ini diiringi oleh ahli-ahli LOM yang membawa lilin serta flower girls dan flower boys. Misa Kudus sempena dengan perayaan ini disempurnakan oleh Rev. Fr. Bonaventure.

IMG_9591

IMG_9586

IMG_9606

IMG_9610

IMG_9614

IMG_9616

IMG_9621

IMG_9623

IMG_9637

Pengangkatan Bonda Maria ke syurga mengingatkan kita bahawa destinasi terakhir perjalanan iman kita adalah di syurga. Dimana kematian itu bukanlah satu pengakhiran kepada sebuah kehidupan melainkan permulaan kepada kehidupan iman yang baru.

IMG_9698

IMG_9657

IMG_9660

IMG_9663

IMG_9679

IMG_9686

“Dalam gereja Katolik, kita diajak untuk menghormati Bonda Maria. Dengan menghormati Bonda Maria, kita secara langsung turut menghargai dan bersyukur akan pemberian Tuhan, PuteraNya” demikian homili yang disampaikan oleh Fr. Bonaventure. Beliau juga berpesan agar umat-umat Katolik meneladani dan mempunyai sikap seperti Bonda Maria, taat setia melayani Tuhan. Kerana ketaatan dan kesucian Bonda Maria, Dia dianugerahkan pengangkatan ke syurga tanpa melalui maut.

IMG_9647

Dikesempatan perayaan Bonda Maria naik ke syurga ini, pesta ulang tahun St. Tarsisius, penaung bagi pelayan altar turut disambut. Sempena dengan pesta St. Tarsisius, para altar mendoakan doa St.Tarsisius dan kemudian diberkati oleh Fr. Bonaventure. Semoga pelayan altar terus taat dalam pelayaan mereka.

IMG_9711

IMG_9718

Selepas Misa Kudus, Fr. Bonaventure serta umat dijemput mengikuti jamuan kesyukuran secara potluck yang diadakan di Dewan KSFX.

REKOLEKSI DAN MESYUARAT KOMSOS KEUSKUPAN KENINGAU

ebddb4d2-929b-4da5-af56-562f18393e57

KENINGAU : Pada 12 Ogos 2017, rekoleksi dan mesyuarat KOMSOS Keuskupan Keningau telah diadakan. Seramai  30 orang ahli KOMSOS telah hadir dalam mesyuarat ini. Dihadiri oleh ahli-ahli KOMSOS mewakili setiap paroki di bawah naungan  Keuskupan Keningau. Rekoleksi dan mesyuarat ini diadakan di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS).

Mesyuarat dimulakan pada jam 9 pagi dan dipengerusikan oleh ketua KOMSOS, En. John Liansin. Mesyuarat dimulakan dengan doa dan ucapan selamat datang kepada ahli-ahli KOMSOS daripada paroki-paroki yang lain.

Perbincangan mengenai tugas dan pelayanan KOMSOS sempena dengan persediaan untuk sambutan ulang tahun Keuskupan Keningau yang ke 25. Dimana AJK sejarah bagi dua kawasan iaitu Zon Keningau Pedalaman bawah dan atas  ditubuhkan. Penubuhan AJK ini adalah untuk memudahkan lagi tugas-tugas KOMSOS dalam membahagi-bahagikan tugas dan pelayanan. AJK  yang dibentuk ini diberi tugas untuk mencari maklumat mengenai sejarah-sejarah gereja dan penubuhan Paroki masing-masing sehingga tertubuhnya Keuskupan Keningau. Yang mana maklumat ini akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam buku Jubli Perak Keuskupan Keningau 2018.

eda4033c-b0b8-4cdb-8cdf-483b791657bc

Selain itu, takwim tahunan juga dibincangkan. Perlaksanaan Kursus Kewartawanan anjuran bersama KOMSOS dan MPP akan diadakan. Antara perkara berbangkit adalah pembahagian dan penjualan kupon sempena Tamu Solidariti  ke-15 kepada setiap paroki untuk persiapan Jubli Perak Keuskupan Keningau 2018. 

c5924374-0352-4a5f-9b00-77d81c3a2972

Selepas mesyuarat, Misa Kudus diadakan. Disempurnakan oleh Bapa Uskup Cornelius Piong. Bapa Uskup berpesan kepada ahli KOMSOS bahawa tugas KOMSOS bukanlah setakat mengambil gambar dan membuat artikel tetapi juga berperanan dalam menarik minat  dan menyedarkan umat akan aktiviti-aktiviti gereja dan seterusnya mendorong mereka untuk mengikutinya.

Selepas misa, acara bergambar bersama Bapa Uskup diadakan. Bapa Uskup dan ahli-ahli KOMSOS di jemput untuk mengikuti jamuan makan tengah hari.