PERAYAAN MISA SEMPENA HARI MALAYSIA

KENINGAU : Misa sempena dengan Hari Malaysia peringkat paroki KSFX telah diadakan. Misa yang diadakan pada 16 September 2017 ini disempurnakan oleh Rev. Fr Bonaventure bertempat di Gereja St.Maria Kepayan. 

IMG_1545

Dihadiri oleh seramai lebih kurang 150 umat sekitar Zon Kepayan dan kedatangan umat dari sekitar Paroki KSFX.

Hari Malaysia merupakan hari memperingati dimana Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu bersatu untuk membentuk Malaysia. Tujuan Misa sempena Hari Malaysia ini diadakan adalah untuk mengungkapkan kesyukuran kepada Tuhan yang sentiasa memelihara, mengasihi dan menyertai umatNya khasnya Negara Malaysia.

IMG_1533

Kata Fr Bonaventure dalam homilinya, keharmonian sebuah negara adalah sememangnya bermula daripada diri setiap orang. Keharmonian yang tercipta dalam diri sesorang kemudiannya memimpin kepada keharmonian dalam keluarga seterusnya dalam masyarakat dan negara. 

IMG_1536

IMG_1539

“Sebagai pengikut Yesus yang baik, bagi menunjukkan kekitaan dan kebaikan semua kita hendaklah sentiasa memperlihatkan tanggungjawab terhadap negara kita.” sambung Fr Bonaventure.

bibiana

Pn. Bibiana Steven selaku Pengerusi Zon dan wakil Tim Ajk Penganjur mengucapkan kesyukuran keatas kesempatan dan kejayaan sambutan Misa sempena Hari Malaysia. Beliau bersyukur kerana masih dapat merayakan Misa kesyukuran yang menunjukkan negara masih dalam aman dan damai. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau mengajak umat meraihkan Hari Malaysia dengan semangat solidriti, cintakan tanah air, saling menghargai satu sama lain dan bertukar-tukar pendapat.

didacus

Tidak ketinggalan, Timbalan MPP, En. Didacus dalam ucapannya membawa umat agar terus mendoakan negara agar semua rakyat tanpa mengira warna kulit dapat hidup aman damai. Beliau juga mengungkapkan penghargaan kepada Tim Ajk Penganjur.

Selepas Misa, lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dinyanyikan oleh umat-umat dihadapan gereja sambil bendera dinaikkan. Fr Bonaventure dan umat-umat dijemput dalam jamuan kesyukuran di dewan.

IMG_1557

IMG20170916155400

IMG20170916155409

Selepas Misa, lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dinyanyikan oleh umat-umat dihadapan gereja sambil bendera dinaikkan. Fr Bonaventure dan umat-umat dijemput dalam jamuan kesyukuran di dewan.

 

“HARI PENEBUSAN” KITA UMAT-NYA

SONY DSC

KENINGAU : Pada 15 September 2017, misa bersempena dengan memperingati Bonda Maria Berdukacita yang juga merupakan Hari Penebusan peringkat Keuskupan Keningau telah diadakan di Katedral St. Francis Xavier (KSFX). Misa disempurnakan sendiri oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Hari Penebusan ini diadakan serentak di Keuskupan Keningau sama ada peringkat mission, KUK dan KKD pada jam 6. Hari Penebusan ini diisikan dengan berpuasa, berdoa Rosari, Misa Kudus dan Saat Teduh.

SONY DSC

Misa ini dihadiri oleh lebih kurang 200 orang umat sekitar KSFX. Perayaan ini dimulakan dengan berdoa Rosari kemudian misa dan diteruskan lagi dengan adorasi selama setengah jam dibawah pimpinan Bapa uskup.

SONY DSC

SONY DSC

Seperti yang sudah dimaklumkan kepada dalam Surat Pastoral Bapa Uskup. Dimana sudah menjadi budaya kita apabila sesorang ataupun komuniti melakukan kesalahan yang menyakitkan atau merugikan sesama ditebus dengan ‘sogit’ ataupun Hari Penebudan. Sogit merupakan denda yang dikenakan kepada mererka yang telah melakukan kesalahan seperti melanggar pantang larang adat atau peraturan. Sogit bukanlah untuk pemujaan melainkan membawa maksud pendamaian. Hari Penebusan merupakan tanda perdamaian dengan Tuhan dan sesama umat.

SONY DSC

SONY DSC

Bersempena dengan Hari Memperingati Bonda Maria Berdukacita, Bapa Uskup menyeru agar umat mengambil kesempatan untuk menyatakan tobat selaku pengikut Yesus yang mempunyai komitmen masing-masing dalam pelayanan. Selaku umatNya yang tidak sedar akan ketidaksetiaan kepada komitmen sama ada paderi terhadap pentahbisan mereka, religus terhadap kaulnya dan juga suami isteri dalam komitmen terhadap satu sama lain.

Bapa Uskup juga mengungkapkan kesyukuran kepada umat yang datang menghadiri perayaan ekaristi meskipun sibuk dengan kerja. Beliau bersyukur atas kehadiran muat-umat merupakan satu ungkapan kepedulian terhadap kebajikan rohani selaku umat.

SONY DSC

SONY DSC

“Penebusan tidak dapat kita lakukan untuk diri sendiri. Namun, penebusan sudah dilaksanakan oleh Kristus melalui Puteranya Yesus. Seperti yang dinyatakan dalam Ibrani 9:28. ” ujar Bapa Uskup dalam homilinya.

Kenapa Hari Penebusan masih diadakan sedangkan sudah ditunaikan Tuhan? Sebagai manusia yang lemah dan masih hidup didunia, perlu sentiasa bersyukur dan menyedari akan belas kasihan Tuhan. Supaya belas kasihan Tuhan dapat hadir dan dialami dalam diri sendiri, keluarga seterusnya dalam masyarakat. Selain itu, merupakan ungkapan sikap korban jika berlaku sesuatu yang tidak sesuai dengan kehendak Tuhan agar tidak terbiar begitu sahaja.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

 

Bapa Uskup berpesan agar sentiasa meningkatkan sikap kepedulian terhadap kebajikan rohani dan sentiasa taat seperti Yesus belajar taat kepada  Allah Bapa. Salah satu cara untuk belajar dan taat setia kepada Tuhan adalah dengan mendekatkan diri kepada Tuhan setiap hari.

SONY DSC

SONY DSC

 

KESATUAN BELIA DIBENTUK MELALUI SUKAN SOLIDARITI

Sukan BeliaKENINGAU: Pada 16 September 2017, Kerasulan Belia Katolik (KBK) di bawah naungan Paroki Katedral St. Francis Xavier (KSFX) berjaya menjayakan sukan belia peringkat Paroki. Sukan ini diadakan setiap tahun dengan  Zon Minawo sebagai tuan rumah. Sukan ini bertempat di padang Kg. Minawo Laut. Sesi ucapan perasmian ringkas yang disampaikan oleh Pengerusi Belia Paroki iaitu saudara Tony Jauseh sebelum memulakan acara padang sekitar jam 9.30 pagi.

IMG_20170916_105630 (1)

     Antara acara sukaneka yang dipertandingkan adalah Walking Bata, Rampanau, Kacang tersembunyi, Getah Mesra, Baling Belon, Span Bocor, Si Cacat & Si Buta, Larian Sejoli dan sukaneka 6 stesen iaitu Kopi Panas, Keropok, Pisang, Maggi, Roti Paun dan Aiskrim Cumi. Sukaneka kali ini telah disertai daripada Zon Menawo, Zon Liau, Zon Magatang, Zon Panagatan, Zon Biah, Zon Apin-Apin, Zon Toboh Laut dan Zon Bingkor.  

       Juara Sukan Belia sekali lagi diraih oleh Zon Toboh Laut buat kali ketiga berturut-turut selama 3 tahun. Tempat kedua diungguli oleh  Zon Apin-Apin seterusya ketiga daripada Tim Belia KSFX. 

       Kemeriahan dan kesatuan belia dapat dilihat menerusi penyertaan dalam setiap acara sukaneka. Penglibatan daripada ibu-bapa turut memeriahkan lagi program ini dengan memperlihatkan satu bentuk pelayanan iaitu nilai kerjasama, komitmen, tanggungjawab serta saling menyokong antara satu sama lain.

      Pengerusi Zon Minawo, En. Kenneth Mahinggil berkata dalam sesi penutupan Sukan Belia Paroki melalui penganjuran sukan belia peringkat paroki KSFX ini, mewujudkan satu kesatuan antara semua umat khususnya belia yang bakal menjadi pemimpin serta pewaris kepimpinan dalam gereja mahupun dalam lingkungan komuniti bersama. Aktiviti seperti ini juga telah memecahkan jurang perbezaan dalam diri setiap umat khususnya bagi semua Zon di bawah naungan KSFX dengan membina satu ikatan pelayanan kepada Tuhan sesama dan saling bersatu untuk terus membentuk iman dan komuniti yang melayani di ladang Tuhan yang luas.- Walter Tadius

     

 

MELAYANI TANPA RUNGUTAN

HARI MINGGU BIASA KE – 25 ( A )

Bc.1. Yes 55:6-9          Bc.2. Flp 1:20-24.27          Bc.3. Mat 20:1-16

Manusia selalu mengukur kebaikan orang dengan cara ukuran dunia.  Namun Allah mengukur keberhasilan orang atas dasar kasih-Nya.  Allah sungguh tidak mengenal batas.  Dia selalu mencari siapa saja untuk masuk dalam Kerajaan-Nya.  Bacaan Injil hari ini mengingatkan kita, sebagai pengikut Kristus selayaknya kita meneladani sikap Allah ini dan tidak menganggap diri paling berjasa dan lebih berhak menuntut imbalan yang sesuai kerana yang paling berjasa dalam karya tiada lain adalah Allah sendiri.

MELAYANI TANPA RUNGUTAN

Dalam perumpamaan tentang pekerja di ladang kita melihat kemurahan hati yang luar biasa dan belas kasihan Allah. Pada zaman Yesus pekerja buruh terpaksa menunggu setiap hari di pasar untuk menunggu seseorang mengupah mereka untuk kerja sehari. Tiada kerja untuk hari itu bererti tiada makanan di atas meja untuk sekeluarga. Ada seorang tuan yang mengupah pekerja-pekerjanya, ada yang sejak pagi dan ada yang sudah lewat petang.  Ketika pekerja-pekerja yang bekerja sepanjang hari  menerima bayaran mereka tidak puas hati dan mengadu bahawa tuan mereka membayar pekerja yang lewat petang dengan gaji yang sama. Tuan itu tanpa diragukan mengupah pekerja pada lewat petang supaya mereka tidak akan pulang tanpa apa-apa untuk  dibawa ke rumah.

Motif seseorang dalam melakuan pekerjaaan adalah berbeza. Ada pekerja yang bekerja hanya untuk ganjaran. Mereka hanya akan bekerja sesuai apa yang mereka fikirkan akan mereka dapat. Pekerja yang lain melakukan kerja dengan penuh cinta kasih dan kegembiraan kerana mendapat peluang untuk bekerja dan berkhidmat kepada orang lain.

Allah sungguh murah hati dalam membuka pintu Kerajaan-Nya, supaya semua manusia dapat memasuki, yang sudah berusaha sepanjang kehidupan mereka untuk Tuhan dan orang-orang yang datang pada jam terakhir. Tuhan Yesus memanggil murid-murid-Nya untuk mengabdi kepada Allah dan sesama – Kerajaan-Nya di syurga dan masyarakat kita di dunia – dengan kemurahan hati dan kegembiraan. Adakah anda melakukan kerja dan tanggungjawab anda dengan keriangan dan ketekunan demi Tuhan? Dan adakah anda memberi dengan murah hati kepada orang lain, terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan anda?

Ya Allah, kami telah Engkau segarkan dengan sakramen-Mu. Sudilah terus menerus
membantu kami agar penebusan yang terlaksana dalam misteri ini tergenapi pula dalam seluruh hidup kami. Dengan pengantaraan Kristus, Tuhan kami, yang hidup dan berkuasa sepanjang segala masa.

GEMA PENGAMPUNAN DI TENGAH DENDAM MEMBARA

PESTA SALIB SUCI

Bc.1. Bil 21:4-9            Bc.2. Flp 2:6-11           Bc.3. Yoh 3:13-17

Salib bagi orang Yunani dan Yahudi adalah tanda kehinaan dan kebodohan.  Namun itulah yang telah diterima oleh Yesus dalam hidup-Nya.  Dia mati di kayu salib. Kita bersyukur kerana salib bukan akhir dari peristiwa Yesus.  Dia bangkit kembali dan nilah yang memberi erti baru terhadap salib sebagai tanda iman, harapan dan cinta kasih.

GEMA PENGAMPUNAN DI TENGAH DENDAM MEMBARA

Hati yang sedang membarah kerana marah kadang susah untuk dikawal. Dalam situasi itu boleh saja kita melepaskannya kepada orang yang bersangkutan. Tetapi apa yang terjadi kalau kita melepaskan kemarahan kepada orang lain. Orang lain yang dibenci tetapi orang lain yang dimarah. Tentu sahaja orang yang dimarahi pun menjadi marah dan mungkin membalas dengan lebih dashyat lagi. Apabila kemarahan tidak dapat dikawal, ada pihak yang akan menjadi korban. Itulah yang akan terjadi jika seorang tidak memiliki sikap berbalas kasih untuk mengampuni orang lain.

Jika kita sejujur Petrus, harus diakui bahwa kita hampir-hampir tidak memiliki kemampuan untuk mengampuni orang lain. Apa lagi bila harus mengampuni tanpa batas, dan dengan sepenuh hati. Tidak ada kesalahan yang tidak dapat diampuni.Yesus sendiri memberikan contoh bahwa Allah telah mengampuni setiap dosa umat-Nya yang datang meminta kepada-Nya.

Dengan menggunakan perumpamaan Yesus menyampaikan bahawa Allah mengampuni setiap jengkal dosa kita. Memang susah untuk memahami perumpamaan itu. Perumpamaan Yesus itu sebenarnya menggambarkan betapa mahalnya pengampunan yang telah kita terima dalam Tuhan.Dosa kita terlalu berat dan banyak sehingga Yesus harus dikorbankan untuk menebus dosa kita manusia.Orang yang sungguh menghayati pengampunan Allah, wajib meneruskan pengampunan itu kepada sesamanya.Namun jika kita sendiri belum mengalami pengampunan Allah, memang mustahil untuk meneruskan misi pengampunan itu.  Seperti yang diajarkan oleh Yesus kita harus mengampuni orang lain supaya kita juga memperoleh pengampunan.

Namun yang terjadi adalah sebaliknya, pelampiasan dendam semakin banyak mewarnai surat kabar, media cetak dan elektronik, juga di kebanyakan laman web. Nada ketidakpuasan, iri hati, kekecewaan, sakit hati, dendam semakin membara umpama api yang sedang marak di tengah lautan minyak. Tidak ada seorang pun yang berkuasa dan mau memadamkannya.Demikianlah keadaan masyarakat kita yang mudah tenggelam ke dalam lautan dendam kebencian.Masih adakah gema pengampunan di tengah lautan dendam kebencian itu?

Gema pengampunan masih harus terus diperdengarkan, tidak akan luntur ditelan zaman, karena misi-Nya belum mencapai hujungnya. Masih banyak jiwa yang tersesat yang harus dibawa-Nya pulang.Perumpamaan Yesus tentang seekor domba yang hilang membuktikan bagaimana misi penyelamatan itu tidak pernah luntur.Satu jiwa pun sangat berharga di mata-Nya.Ia tidak pernah meremehkan atau meninggalkan seorang manusia pun, karena setiap jiwa yang tersesat akan dicari sampai dapat. Setiap orang yang telah ditemukan-Nya juga akan memiliki tugas untuk mencari dan menemukan jiwa-jiwa yang masih tersesat. Oleh karena itu ketika kita – anak-anak Tuhan – melihat saudara kita berbuat dosa, harus mengupayakan segala cara untuk menyadarkannya dan menyerahkannya kembali kepada Tuhan.

Gema pengampunan antara sesama, bukan berdasarkan kebaikan, kemurah hati, kesabaran, dan belas kasih semata-mata, namun karena anugerah pengampunan-Nya telah kita terima lebih dulu. Sesungguhnya tidak ada alasan bagi kita untuk tidak memaafkan orang lain, karena kesalahannya pada kita tidak dapat dibandingkan dengan dosa kita. Jika Tuhan telah menganugerahkan pengampunan bagi kita, adakah kita berhak menahan pengampunan bagi orang lain yang bersalah pada kita? Hutang kita telah dilunaskan, masihkah kita menuntut hutang pada orang yang telah memohon supaya hutangnya dilunaskan?

Bagaimana jika orang yang bersalah kepada seringkali mengulangi kesalahannya? Apakah kita kan terus menerus mengampuninya atau tidak? Harus diingat bahawa kebaikan dan kemurahan Allah tidak pernah berubah dan tidak akan pernah surut. Ketika kita mengulangi kesalahan, Allah senantiasa bersedia untuk mengampuni kita.Orang yang melakukan salah dapat dikatakan bahawa dia telah jatuh dalam dosa dan sudah tidak selamat lagi kerana dosanya. Bila kita mengampuninya maka dia akan selamat. Jika kita tidak mengampuni mereka itu bererti kita menutup dan menghalangi keselamatan baginya dan ini secara langsung menutup bagi diri kita keselamatan itu. Maka, jika ingin diampuni, kita juga harus mengampuni orang lain, jika ingin selamat, kiat juga harus menyelamatkan orang lain. Oleh yang demikian, gema pengampunan itu harus selalu diungkapkan.

Cadangan soalan untuk refleksi peribadi dan perkongsian Komuniti Kristian Dasar (KKD)

Masih banyak saudara kita yang merindukan pengampunan-Nya.Mungkin di antara mereka ada yang kita kenali.Datanglah kepada mereka dan gemakanlah gema pengampunan kepadanya.

  1. Sikap tulus ikhlas mengampuni adalah sikap yang perlu dimiliki oleh pengikut Kristus, apakah saya memiliki keberanian untuk mengampuni orang lain dengan tulus ikhlas?

Allah Bapa di syurga, Engkau telah memuaskan kami dengan santapan kudus. Kami
mohon dengan rendah hati: agar kami yang telah Engkau tebus dengan kayu salib Putera-Mu yang menghidupkan, Engkau ikut sertakan dalam kemuliaan kebangkitan-Nya. Sebab, Dialah Tuhan dan Pengantara kamisepanjang segala masa.