PENTAHBISAN DIAKON

KENINGAU : Seminari David Richard Gasikol telah diterima oleh Bishop Cornelius Piong untuk ditahbis menjadi diakon pada 25 Febuari 2018. Pentahbisan ini akan berlansung pada 4:30 petang di Katedral St Francis Xavier Keningau.


BIODATA


Sem. D

Full Name: DAVID RICHARD GASIKOL  

Date of Birth: 29TH JUNE 1985

Place of Birth: KAMPONG KOVOSION, SOOK

Date of Baptism: 10TH APRIL 2004  Date of Confirmation: 10TH APRIL 2004


Father’s Name: RICHARD GASIKOL LAMBUNAU

Mother’s Name: NORAH MOHIDOU

No of Siblings: SEVEN          Brothers: SIX       Sisters:  ONE          Your Position: SIXTH CHILD

Parish: GEREJA ROH KUDUS, SOOK, KENINGAU

Primary School: SEKOLAH KEBANGSAAN KEBULU, SOOK (1992-1997)

Secondary School: SMK. BINGKOR (1998-2002),  SMK. GUNSANAD KENINGAU (2003-2004)

College: AZAM PANDAN INSTITUTE OF HOSPITALITY, MONT. KIARA, KUALA LUMPUR (2005-2008)

College Course: FOOD TECHNOLOGY AND CULINARY ART

Working Experience: CHEF (SIME DARBY CONVENTION CENTRE, MONT. KIARA, KL; SHANGRI LA’ RASA RIA TUARAN, SABAH)

Date of Entrance to Aspirancy at Catholic Archdiocesan Centre : 1ST FEBRUARY 2010

Initiation Year Kota Kinabalu : 2011

St Peter’s College Kuching: 2012

Installation as Lector: 3RD NOVEMBER 2014 BY RT. REV. CORNELIUS PIONG

Installation as Acolyte: 3RD NOVEMBER 2015 BY MOST. REV. JOHN HA

Pastoral Immersion:

  1. FRANCIS XAVIER’S CATHEDRAL, KENINGAU (JANUARY-MEI 2015)
  2. ASSUNTA HOSPITAL, PETALING JAYA, SELANGOR (JANUARY-MARCH 2016)
  3. FRANCIS XAVIER’S CATHEDRAL, KENINGAU (APRIL-MEI 2016)
  4. FRANCIS XAVIER’S CATHEDRAL, KENINGAU (JANUARY-MEI 2017)
  5. FRANCIS XAVIER’S CATHEDRAL, KENINGAU (JANUARY 2018-PRESENT)

 

MENYAHUT SUARA TUHAN

HARI MINGGU BIASA KE 4 (B)

Bc.1. Ulg 18:15-20                 Bc.2. 1Kor 7:32-35                 Bc.3. Mrk 1:21-28

Jika ada orang-orang tertentu bercakap, biasanya kita tidak serius
            mendengarkannya. Kenapa? Sebab mereka hanya sekadar bercakap. Tetapi jika
            Yesus yang bercakap, semua orang yang terbuka hatinya mendengar dengan serius,
            sebab kata-kata-Nya disertai dengan kuasa dan berisi kebenaran yang jitu. Apakah
            kita mahu mendengarkan Yesus Kristus, ataukah kita samakan Dia dengan orang lain?

MENYAHUT SUARA TUHAN

            Setiap manusia yang normal mempunyai dua cuping telinga, dua biji mata dan hanya satu mulut. Maksudnya, kita perlu banyak melihat, banyak mendengar dan hanya sedikit bercakap. Tetapi kita lebih suka banyak bercakap, sedikit melihat dan sedikit sekali mendengar sehingga kita tidak dapat menimba manfaat daripada anugerah pendengaran dan penglihatan kita.

            Yesus pernah berkata, “Siapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar” (Lk 8:8). Tetapi menurut pengalaman kita semasa di bangku sekolah, kita banyak diajar tentang seni bercakap yang efektif. Sebab menurut ukuran umum, berpendapat bahawa orang-orang yang pintar bercakap adalah orang-orang yang berjaya dalam kehidupannya, sementara yang hanya diam mendengar sahaja adalah orang-orang yang mundur, tidak maju dan orang-orang yang terpinggir. Maka di manapun kita berada dan apapun keadaan yang sedang kita hadapi, kita seakan-akan ‘dipaksa’ untuk terus bercakap.

            Tetapi kita perlu ingat Tuhan telah menganugerahkan kita masing-masing dua cuping telinga untuk lebih banyak mendengar secara aktif dan efektif. Terdapat tiga jenis orang-orang yang mengamalkan seni mendengar ini.

  1. Jenis AWAS (Inggeris= Action With A Strategy) Maksudnya, sesudah mendengarkan dan merenungkannya secara mendalam, lalu menyusun suatu pelan tindakan yang berlandaskan strategi jangka pendik dan jangka panjang, sesuai dengan keperlua yang didengarkan.
  1. Jenis NATO (Inggeris= No Action Talk Only), maksudnya, tekun mendengarkan tetapi tidak ada tindakan. Sesudah mendengarkan, lalu memberi banyak idea tetapi tidak
    melakukan sesuatu. Sekadar suka-suka berkata-kata, yang penting asalkan mulut
    berbunyi membuat respons apa yang telah di dengar. Orang-orang seperti ini suka memberi respons: “Ok, ok!” atau “Ya lah, ya lah!” tetapi hampir tidak pernah melakukan apa yang dia janji untuk melakukannya.
  1. Jenis OIC (Inggeris= Oh, I see), maksudnya, orang yang mendengarkan tetapi
    bersikap endah tak endah. Dia faham apa yang didengarkan tetapi diam seribu
                bahasa dan tanpa apa-apa tindakan.

            Jadi persoalannya sekarang, kita termasuk di dalam golongan orang yang mana? Syukur kalau kita berada di golongan orang yang pertama. Tetapi jika kita merasakan kita berada digolongan orang-orang yang nombor dua dan ketiga, maka kita perlu bantuan rahmat Tuhan untuk ‘disembuhkan,’ malah roh-roh jahat yang namanya ‘NATO’ dan ‘OIC’ itu perlu diusir dari kehidupan kita.

            Pesan Kitab Suci hari ini mengajarkan kita bahawa perkembangan iman kita bermula dari telinga, iaitu mendengar. Mendengar harus disusuli dengan amalan AWAS (= Action With A Strategy) yang dilengkapi dengan sikap yang aktif, proaktif dan kritis. Sebab tidak semua orang yang nampaknya bercakap atas nama Tuhan itu, perlu didengarkan dan dituruti cakapnya.

                        Dengan mengamalkan AWAS ini, maka kita jangan lupa melaksanakan sistem SMART (= Simple, Manageble, Achievable, Reliable, Time-limit). Segala sesuatu yang kita mahu lakukan sesudah mendengar hendaknya Simple. Maksudnya  dipermudah, bukan yang terlalu sukar. Perlu Manageble, maksudnya yang boleh dilaksanakan sesuai kemampuan diri. Achievable, maksudnya mudah dicapai dan tidak terlalu sukar. Reliable, maksudnya apa yang mahu kita lakukan itu boleh dipercayai, boleh dipakai dan berguna bagi diri sendiri. Dan segala sesuatu yang mahu dilaksanakan itu perlu ada Time-limit, maksudnya ada had masa tertentu bila perkara tersebut harus dicapai. Dengan kata lain, kita bersikap segera dan jangan menangguh-nangguh apa yang perlu dilaksanakan.

            Injil hari ini memperlihatkan kita perbezaan antara guru-guru yang palsu dengan nabi-nabi yang datang atas nama Allah. Orang-orang pada waktu itu sudah mengenal Yesus sebagai seorang yang diutus oleh Allah, dengan “Suatu ajaran baru. Ia berkata-kata dengan kuasa. Roh-roh jahat pun diperintah-Nya dan mereka taat kepada-Nya” (ay 27).

            Maka sangat penting bagi kita masing-masing, terutama di zaman yang serba palsu ini, untuk senentiasa mendengar pesan Tuhan dan secara teliti memperhatikan tindakan-tindakan mereka yang dikatakan ‘utusan Allah.’ Yesus telah memberikan kita petunjuk bagaimana menilai orang-orang tersebut dengan melihat ‘buahnya’ sebab, “Tidak ada pohon yang baik yang menghasilkan buah yang tidak baik,” kata-Nya, “dan juga tidak ada pohon yang tidak baik yang menghasilkan buah yang baik” (Lk 6:43).

            Mendengar dengan sesungguhnya memerlukan pintu hati kita sentiasa terbuka untuk Tuhan tetapi berhati-hati agar tidak dimasuki oleh roh-roh jahat pula. Kita sentiasa siap mendengar, menghayati dan menghidupi Sabda Allah dalam hidup seharian kita. Namun seringkali kita seperti Marta (Lih Luk 10:38-42), sibuk dengan pelbagai hal sehingga kita gagal mendengar suara Tuhan.

            Dalam hal ini, roh-roh jahat yang  namanya syaitan iblis itu, nampaknya sentiasa berusaha untuk memasuki dunia dan merasuki kita dengan pelbagai cara. Mereka sudah memasuki rumah kita dengan mudah melalui alat-alat media massa yang canggih, sehingga telinga kita ditulikan dengan pelbagai iklan dan hiburan yang menarik hati yang sungguh mengasyikkan. Jika kita tidak berhati-hati, lambat laun telinga dan seluruh kebebasan kita akan ‘dirasuki’ oleh kuasa-kuasa roh jahat.

            Konon ketika Nabi Nuh menanam pokok anggur, syaitan yang sentiasa ingin tahu bertanya kepada Nabi Nuh, kenapa dia menanam pokok anggur tersebut? Nabi Nuh menjawab: “Buah anggur itu sedap rasanya, orang boleh mendapatkan minuman keras daripadanya, yang membuat orang merasa gembira dan melupakan segala tekanan hidupnya.” Lalu syaitan menawarkan diri untuk menolong menyuburkan pokok anggur tersebut dengan menyiram pokok-pokok anggur tersebut dengan darah domba, monyet dan babi.

            Apabila seseorang minum anggur sedikir, kelakuannya akan baik dan menyenangkan untuk berborak-borak atau mengeluarkan idea yang bagus seperti domba. Tetapi jika seseorang itu minum agak banyak, maka kelakuannya mula menjadi seperti monyet. Kalau ia minum sehingga lupa dirinya, maka ia akan menjadi seperti babi, sukar dikawal dan tidak mahu mendengar lagi nasihat orang.

            Hanya ada satu cara untuk mengusir roh-roh yang jahat ini, iaitu menerima Kristus dan Sabda-Nya tentang Kerajaan Allah di dalam diri dan dunia persekitaran kita. Maka, “Hari ini, jika kamu mendengar suara Tuhan, janganlah berkeras hati” (Mz 95:7-8) (JL)


Cadangan soalan refleksi dan perkongsian KKD:

  1. Mengapakah kita perlu amalkan budaya banyak mendengar dan kurangkan
    bercakap?
  2. Bagaimanakah anda dapat membezakan antara pemimpin-pemimpin yang betul-
    betul “Utusan Allah” dengan pemimpin yang palsu?

Cadangan aktiviti minggu ini:

            Amalkan sikap berdiam diri dan dengan tenang mendengar serta merenungkan
            segala keluhan, omelan, kemarahan, kritikan daripada sesama terhadap diri anda,
            terutama daripada pasangan, anak-anak, ibubapa dan saudara mara anda. Kemudian
            buatlah tindakan bagaimana anda memperbaiki diri anda.


Ya Allah, Engkau telah menghidupkan kami dengan anugerah penebusan. Semoga
berkat bantuan keselamatan abadi ini, bertumbuhlah selalu iman kami yang sejati. Dengan pengantaraan Kristus, Tuhan kami, yang hidup dan berkuasa sepanjang segala masa.

TETAP SETIA KOMITED DAN EFEKTIF

HARI MINGGU BIASA KE 3(B)

Bc.1. Yun 3:1-5,10                  Bc.2. 1Kor 7:29-31                 Bc.3. Mrk 1: 14-20

Setiap hari kita mendengarkan berita-berita tentang perceraian, pergaduhan, pembunuhan
yang membuat kita tidak berdaya. Tetapi Yesus datang membawa khabar gembira tentang Allah Bapa yang mahu menerima kita dan mengampuni kita. Kesemua ini ditawarkan kepada kita secara percuma dan tanpa syarat atau jaminan dari mana-mana pihak. Marilah kita membuka pintu hati kita untuk membenarkan-Nya bertakhta di hati kita.

TETAP SETIA KOMITED DAN EFEKTIF

            Adalah konon seorang belia yang kebetulan pengerusi kerasulan belia di suatu paroki mengadu kepada ibunya, “Saya tidak mahu pergi ke gereja lagi atas dua sebab – Saya tidak suka orang-orang yang ada di dalam gereja, dan orang-orang di gereja itu ramai yang tidak menyukai saya.” Ibunya memandangnya lalu menghiburnya dengan berkata, “Anakku, engkau harus kembali ke geraja atas dua sebab – engkau bukan kanak-kanak lagi dan engkau adalah pengerusi kerasulan belia.”

            Hubungan kita dengan Gereja bagaikan ikatan perkahwinan. Kekadang sesudah bulan madu, pasangan muda tersebut baru menyedari bahawa perkahwinan tersebut tidak selalu manis. Ianya perlu diusahakan oleh kedua suami isteri tersebut. Demikian juga kemajuan Gereja bergantung kepada kita. Persoalannya, apakah kita mengambil peranan dan apakah kita tahu apa peranan kita di dalam Gereja.

            Di dalam Injil hari ini kita mendengar empat orang dijemput oleh Yesus untuk mengikuti-Nya. Simon dan saudaranya Andreas adalah nelayan. Apabila Yesus memanggil mereka untuk menjadi penjala ikan, dengan segera mereka mengikuti-Nya. Demikian juga dengan Yakobus dan Yohanes, mereka segera mengikut Yesus dan meninggalkan ayah mereka Zebedeus.

            Keempat-empat orang ini selalu disebut-sebutkan di dalam Injil dan tiga daripada mereka, Simon, Yakobus dan Yohanes dikatakan sebagai orang-orang yang sangat dekat dengan Yesus. Mereka ini ada bersama Yesus ketika Yesus menyembuhkan orang malah menyaksikan Yesus membangkitkan orang yang mati. Mereka bersama-sama Yesus ketika Yesus dimuliakan dan pergi bersama Yesus ke kebun Getsemani. Pengalaman-pengalaman tersebut merupakan pengalaman Yesus yang sangat istemewa. Namun, mereka ini jugalah yang seakan-akan tidak mengerti pesan Yesus yang sebenarnya. Mereka seringkali bertengkar siapakah di antara mereka yang menjadi nombor satu. Mereka menolak Yesus dan meninggalkan-Nya ketika ia ditangkap. Namun Yesus tetap menerima mereka. Dia mengampuni mereka dan terus memperlakukan mereka sebagai rasul-rasul-Nya, malah melantik Simon sebagai ketua Gereja-Nya.

            Kita mengagumi sikap Yesus terhadap sikap dan komitmen-Nya terhadap rasul-rasul-Nya tersebut. Walaupun mereka meninggalkan-Nya, tetapi Dia tidak pernah meninggalkan mereka. Sikap Yesus tersebut sangat bertentangan dengan budaya kita di masa kini di mana orang dengan mudah memutuskan hubungan dan mencari orang lain hanya gara-gara perselisihan yang remeh temeh. Pasangan suami isteri dengan mudah melepaskan ikatan perkahwinan hanya melalui “SMS”. “Aku ceraikan engkau bermula hari ini …” Alasannya pun remeh temeh, “Kerana kita sudah terputus jodoh …”

            Demikian juga orang dengan mudah pindah kerja dari satu syarikat ke satu syarikat hanya kerana gaji lebih tinggi di syarikat yang lain. Apabila ditanya mengapa? Dengan bangga dia akan menjawab, “Saya naik pangkat.” Malah akhir-akhir ini senario politik kita pun banyak berubah. Sudah menjadi kebiasaan pula untuk melompat dari satu parti ke parti yang lain, hanya kerana parti yang lain itu menjanjikan jawatan yang lebih tinggi sehingga ada kesempatan untuk menambah kekayaan semasa memegang jawatan terhormat tersebut.

            Walaupun budaya tidak bertanggung jawab dan kurangnya kesetiaan terhadap satu sama lain, terhadap komuniti atau persatuan-persatuan tertentu, namun masih terdapat beberapa kekecualian di mana masih ada orang yang telah menemukan kegembiraan dan hidup yang berbudayakan kesetiaan, bertanggung jawab dan berkomitmen. Untuk itu tiga petua berikut ini sehubungan dengan perhubungan yang penuh komitmen dan kesetiaan ini boleh kita jadikan suatu pedoman:

  1. Bijaksanalah dalam komitmen anda. Ambillah masa untuk mengetahui apa dan untuk siapa kita setia dan komited. Pilihlah teman-teman atau pekerjaan bukan hanya berpandu dengan kepala anda tetapi perlu disertai dengan hati yang ikhlas. Sekali anda memutuskan pilihan tersebut, buatlah andaian bahawa anda pasti mengalami pelbagai masalah di masa-masa akan datang apabila kekuatan kesetiaan dan komitmen anda mengalami cubaan dan cabaran-cabaran terkini.
  1. Setialah pada apa yang sedang anda sedang lakukan. Balasan terhadap kesetiaan anda yang berkepanjangan itu pasti akan mengatasi segala kesulitan-kesulitan, kesusahan dan kesedihan-kesedihan yang sifatnya hanya sementara itu.
  1. Sentiasalah meminta kekuatan daripada Tuhan di dalam apa juga jenis komitmen anda. Sebab, ada masa-masa tertentu anda akan mengalami krisis kehidupan. Pada masa-masa sedemikian itulah seringkali kita semua menghadapi detik-detik di mana kita terdorong untuk melarikan daripada keadaan tersebut. Untuk itu, kita sentiasa memerlukan Tuhan untuk membakar semangat serta mengecas bateri kehidupan kita agar kita sentiasa bersemangat, bergembira dan ceria selalu.

            Yesus sentiasa tinggal berserta kita. Dialah menjadi tauladan kita untuk tetap setia pada Allah Bapa, para rasul-Nya dan terhadap misi-Nya untuk membangun kerajaan Allah di dunia ini. Kitapun pada hari ini dijemput untuk mencontohi-Nya. Memang kita tidak dapat menandingi Yesus, tetapi sama ada kita berhasil ataupun tidak namun kita tetap berusaha untuk setia terhadap apa pun yang kita lakukan. Ibu Theresa pernah berkata, “Bukan untuk berjaya tapi untuk tetap setia.” Sebab … “Orang yang bertahan sampai pada kesudahannya ia akan selamat (Mt 13:13). (JL)


Cadangan soalan refleksi dan perkongsian KKD:

  1. Menurut pengalaman anda, apakah cabaran yang paling hebat yang anda alami
    dalam proses mengikuti Yesus?
  2. Dalam memilih murid-murid, Yesus tidak hanya melihat sifat-sifat mereka yang
    lahiriah tapi juga hal-hal yang terdapat jauh dilubuk hati mereka. Apakah hikmahnya
                sikap Yesus ini dalam hubungan kita dengan sesama?

Cadangan aktiviti minggu ini:

            Ingatlah orang yang paling anda tidak suka. Cuba anda ‘masukkan’ diri anda ke dalam
            orang tersebut dan carilah sekurang-kurangnya tiga sikap atau gaya hidup orang
            tersebut yang anda suka dan kagumi. Kemudian fikirkan hal-hal yang positif tentang
            orang tersebut.


Ya Allah, semoga Tubuh Putera-Mu yang telah kami sambut ini menguatkan kami
untuk mengalahkan kejahatan. Semoga kami dapat menjadi pengikut-pengikut-Mu yang setia sampai pada saatnya kami memasuki kehidupan abadi. Demi Kristus, Tuhan dan Pengantara kami.

LARIAN SEMPENA JUBLI PERAK 2018 KEUSKUPAN KENINGAU

KENINGAU : Pada 6 Januari 2018, seramai lebih kurang 400 orang melibatkan diri dalam Larian Amal “Silver Jubilee Run 2018” sejauh 12.19 km.  Objeltif utama larian ini diadakan adalah untuk mengumpulkan dana dan menyemaikan semangat sambutan Jubli Perak Keuskupan Keningau yang akan diadakan pada bulan 5 Mei 2018 di Dewan Solidariti Keuskupan Keningau.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

 

Datuk Daniel Kinsik diberikan penghargaan merasmikan dan melepaskan para peserta larian selaku penderma larian amal itu.

SONY DSC

Veteren lelaki

Fr. Ronnie

Larian amal ini merupakan anjuran bersama Majlis Pastoral Paroki dan Komiti Sukan Solidariti Paroki Keningau. Larian ini terbahagi kepada empat kategori iaitu kategori veteran wanita dan lelaki, dan kategori terbuka wanita dan lelaki.

Terbuka Lelaki1

Terbuka Lelaki

Semasa larian2

Semasa larian1

Semasa larian

SONY DSC

Time belari1

Time belari2

Time belari3

Time belari4

Time belari5

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

TErbuka lelaki2

Garisan penamat

peserta larian

Peserta Kanak2

Pengiring basikal

Kategori veteran wanita dijuarai oleh Pn.Kona Liau, manakala kategori veteran lelaki, En.Yusop Tungkop. Bagi kategori terbuka wanita dimenangi oleh Dr. Madeliene See dan terbuka lelaki oleh Muhd. Eussofrey Hanis.

Top10VW
Top 10 Kategori Veteran Wanita
Top10VL
Top 10 Kategori Veteran Lelaki
Top10TW
Top 10 Kategori Terbuka Wanita
Top10TL
Top 10 Kategori Terbuka Lelaki

YM Bapa Uskup Cornelius Piong sendiri telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah beserta sijil kepada pemenang oleh Bapa Uskup

Top 10 VW
Kategori Veteran Wanita
PicsArt_01-16-03.08.59
Kategori Veteran Lelaki
PicsArt_01-16-03.15.10
Kategori Terbuka Wanita
PicsArt_01-16-03.16.54
Kategori Terbuka Lelaki

 

Bishop dan Tim Pelaksana
Bishop dan Tim Pelaksana Silver Jubli Run 2018

 

Bishop dan peserta larian
Bapa Uskup dan Rev. Fr. Rudolf besama peserta larian amal

Bishop dan peserta larian1

MAJLIS RUMAH TERBUKA KRISMAS DAN TAHUN BARU DI GEREJA ST. BLASIUS MAGATANG

KENINGAU : Buat julung kalinya Majlis Terbuka dan Tahun baru 2018 anjuran bersama Kelompok Inti Pembaharuan Karismatik Katolik (KiPKK) dan KUK St.Blasius Magatang diadakan. Sambutan Krismas ini diadakan di sebuah gereja stesen luar Paroki Keningau, Gereja St.Blasius Magatang pada 7 Jan 2018.

Lebih kurang 600 orang umat sekitar Paroki Keningau dan umat KUK St. Blasius yang datang memeriahkan majlis. Misa sempena sambutan Krismas ini disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Cornelius Piong.

Dalam homilinya, beliau mengatakan Krismas merupakan ungkapan cinta kasih Tuhan melalui peribadi Yesus. Tuhan mengutus PuteraNya yang tunggal ke dunia untuk menyelamatkan umatnya (Yoh 3:16). Prelatus itu juga menjelaskan bahawa Krismas merupakan ungkapan Tuhan ingin menyertai kehidupan umatNya. “Imanuel” yang bererti Tuhan menyertai kita (Mat 1:3), malah dalam susah ataupun senang Tuhan sentiasa bersama umatNya. Uskup menyeru umat supaya yakin kepada firmanNya agar firman itu tidak sia-sia. Krismas juga merupakan ungkapan Tuhan ingin menyelamatkan umat-umatNya daripada segala jenis perhambaan dan kuasa kegelapan.

Uskup mengingatkan agar ketiga-tiga ungkapan tersebut diimani oleh umat-umat supaya sepanjang tahun 2018 dijalankan dengan penuh sukacita dan penuh bermakna bersama keluarga. Sentiasa mendekatkan diri dengan Tuhan dan ambil masa membaca dan merenung firmanNya. Uskup berpesan kepada umat supaya kesan Krismas tetap tinggal bersama dan mempengaruhi gaya hidup seharian.

En.Jikah Guka selaku Pengerusi KiPKK Paroki Keningau berharap agar perayaan seperti ini terus diadakan di gereja-gereja stesen luar pada masa akan datang. Sementara itu, Pengerusi KiPKK Keuskupan Keningau, En. Luis Yonolon dalam ucapanya mengungkapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Uskup kerana memberikan ruang dan keizinan kepada Tim KiPKK  untuk menjalankan pelayanan karismatik di seluruh keuskupan.

Sesudah Misa, Uskup bersama umat dijemput dalam jamuan kesyukuran di Dewan Terbuka ST.Blasius Magatang. Pelbagai acara yang disusun sebagai hiburan dalam suasana yang santai dan solidariti. – Paul Zeno Labun