PERLANTIKAN BARU DAN PEMBAHARUAN JANJI PEMBANTU PELAYAN KOMUNI

KENINGAU : Perayaan Misa sempena Pesta Tubuh dan Darah Yesus telah diadakan di Katedral St. Francis Xavier. Misa disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Cornelius Piong pada 3 Jun 2018. Pesta Tubuh dan Darah Yesus merupakan ungkapan cintakasihnya yang begitu kuat terhadap umatnya

Bersempena dengan perayaan ini juga, perlantikan baru 13 orang dan pembaharuan janji pelayan pembantu komuni peringkat Paroki KSFX.

Continue reading

MESYUARAT AGUNG INSTITUSI SEKULAR KOMUNITI BETANIA SESI 2018 -2023

KENINGAU: Mesyuarat Agung Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB) Sesi 2018 -2023 telah diadakan di Rumah Retret Keuskupan Tatal pada 9 Jun 2018. ISKB ini dianggotai seramai 20 orang ahli yang berkomitmen kekal dan sementara. Komuniti ini adalah kelompok anggota Gereja yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang ingin dan memilih hidup bakti dan tunggal untuk Yesus.

Continue reading

DIAKON DAVID AKAN DITAHBIS MENJADI PADERI

KENINGAU : Setapak memasuki alam kepaderian, Diakon David Richard Gasikol akan ditahbiskan menjadi paderi pada 11 Ogos 2018. Upacara pentahbisan ini akan disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Cornelius Piong. Bertempat di Gereja Roh Kudus Sook pada jam 10.00 pagi. 

Bapa Uskup juga berpesan, agar kita umat-umat sentiasa mendoakan Diakon David agar beliau betul-betul terbuka mahu menjadi saluran kehadiran Tuhan Yesus dalam hidupnya sebagai seorang paderi.

Umat dialu-alukan datang memeriahkan dan memberi sokongan rohani pada upacara sukacita ini. 

35 KRISMAWAN DAN KRISMAWATI MENERIMA SAKRAMEN KRISMA

KENINGAU :  Pada 10 Jun 2018, seramai 35 orang calon telah menerima Sakramen Krisma di sebuah gereja stesen luar Paroki KSFX, Gereja St. Yohanes Penginjil Panui. Perayaan Misa disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong.

Seramai lebih kurang 300 orang yang datang merayakan perayaan ini. Calon-calon penerima Sakramen Krisma ini terdiri daripada umat sekitar naungan Zon Magatang.

Continue reading