Ziarah Bonda Maria KUK Panui

KUK Panui telah mengadakan Ziarah Statue Bonda Maria sempena dengan Bonda Maria diangkat ke syurga. Ziarah dijalankan melalui KKD di KUK Panui. Ziarah berjalan selama 17 hari menandakan 17 buah KKD yang bernaung di bawah KUK Panui. Ziarah diakhiri dengan sambutan perayaan Misa Pengangkatan Bonda Maria ke syurga pada 15 Ogos oleh Rev. Fr David Gasikol.