KHEMAH BELIA KEUSKUPAN KE-4

BERBAHAGIALAH ORANG YANG SUCI HATINYA,

KERANA MEREKA AKAN MELIHAT ALLAH (Mat 5:8)

IMG_20150612_0001_NEW

Kuala Penyu – Khemah Belia Keuskupan ke-4 kini kembali lagi apabila lebih 563 belia dari seluruh Keuskupan Keningau berhimpun di Gereja St Peter Bundu, Kuala Penyu. Para belia berkumpul atas satu kepercayaan iaitu Dia yang telah bangkit, yang telah mengumpulkan mereka untuk berjalan bersama dalam satu iman yang sama. Pendaftara telah diadakan di 4 buah lokasi bagi memudahkan bahagian pendaftaran sekaligus pembagian tempat tinggal. Ada pun zon-zon tersebut ialah: Zon A (Kediaman Dr. Monih), Zon B (Balai raya Kasampa), Zon C (Kediaman En. Fredolin Pingoh) dan Zon D (Balai raya Sg. Labuan).

Para peserta pada khemah kali ini berpeluang untuk merasakan pengalaman yang mungkin belum pernah dialami sebelum ini. Mereka tidak tinggal di khemah-khemah atau bilik sekolah melainkan tinggal bersama dengan keluarga angkat. Oleh kerana itulah mereka telah dibahagikan kepada 4 zon utama di Kuala Penyu meskipun Gereja St Peter Bundu, Kuala Penyu adalah tuan rumah KBK-4 pada tahun ini.

Berbeza dengan KBK sebelum ini, para belia telah disambut dengan meriah oleh keluarga angkat mereka di zon-zon yang telah disediakan. Tujuan utama para peserta tinggal bersama keluarga angkat, selain kerana tidak memiliki tempat yang cukup, diharapkan kehadiran anak-anak angkat mampu merapatkan hubungan antara peserta dan keluarga angkat, dan tidak terlintas di fikiran bahawa kehadiran mereka hanya sekedar berehat dan tidur sahaja.

KBK-4 pada tahun ini mengambil tema “Berbahagialah orang yang suci hatinya, kerana mereka akan melihat Allah” (Mat 5:8). Melihat realiti dunia hari ini, para belia hidup dalam dunia yang dipenuhi dengan tawaran-tawaran duniawi. Ramai belia yang menjadi mangsa dan tertipu dengan “kedamaian” dan “ketenangan” yang ditawarkan oleh pengusaha-pengusahah dunia sekularisme, materialisme dan konsumerisme. Keadaan ini mempengaruhi perkembangan peribadi belia sehingga mereka sendiri menjadi mangsa dan hilang harapan dan tujuan dalam hidup ini.

Khemah Belia Keuskupan Ke-4 dibuka dengan perayaan Ekaristi yang dipersembahkan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong dan disertai 8 para paderi dan 2 diakon yang melayani di Keuskupan Keningau. Dalam homilinya, beliau mengalu-alukan kedatangan para belia dan beliau berbangga dan bersyukur kerana kehadiran para belia di dalam KBK kali ini menunjukkan bahawa Gereja memiliki harapan masa depan yang cerah. Gereja memerlukan tenaga-tenaga baru untuk meneruskan karya keselamatan yang sudah dimulai oleh Kristus sendiri. Beliau berharap sepanjang KBK ini berlangsung, para belia terbuka akan karya Roh Kudus yang mahu membimbing, menyembuhkan dan menguatkan rohani mereka.

Selanjutnya, Bapa Uskup berkata bahawa beliau tertarik melihat para belia yang ada. Bukan tertarik kerana kecantikan ataupun ketampanan, melainkan tertarik kerana para belia adalah tanda bahawa Gereja memiliki harapan. Tema sepanjang KBK-4 ini, menurut Bapa Uskup, semua orang ingin bahagia namun apakah bahagia yang dimiliki pada zaman ini sungguh-sungguh bersifat ilahi ataupun hanya luaran sahaja yang lebih bersifat duniawi.

Kebahagiaan yang sempurna boleh dicapai dengan kembali ke perkara-perkara asas iaitu Yesus sendiri. Seperti dalam bacaan Injil, Yesus bertanya kepada para murid-Nya “Gambar siapakah yang kamu lihat dalam mata wang ini dan para murid menjawab gambar kaisar”. Kita lebih berharga daripada mata wang kerana seperti dalam Kitab Kejadian 1:26 “Kita diciptakan menurut rupa dan gambar Allah”. Apakah kita menyedari akan hal ini? Jika kita menyedari bahawa kita dicipta menurut rupa dan gambar Allah makan tentu sekali kita merasa diri kita ini bernilai tinggi. Inilah hal yang sering dilupakan oleh manusia dan membuat kita tidak hidup menurut rupa dan gambar Allah.

Bapa Uskup di akhir homilinya berpesan agar para belia jangan pernah takut untuk mempertahankan imannya ditengah-tengah dunia yang penuh dengan godaan dan tawaran duniawi. Ini kerana Yesus telah berdoa kepada Bapa dan permohonan doa Yesus antara lain adalah:

  1. Agar mereka bersatu seperti Bapa dan Anak
  2. Lindungilah mereka ini dari si jahat
  3. Jadikan mereka milik-Mu sendiri

Kita tinggal di dalam dunia dan dunia penuh dengan tawaran-tawaran yang mampu menjauhkan kita dari Yesus. Tetapi selaku anak-anak Allah, kita harus terus berjuang mempertahankan iman kita. Iman akan Yesus yang telah bangkit dan yang telah mengalahkan kejahatan. Para belia harus menjadi saksi yang hidup. Bersaksi dimanapun kita berada dan tidak pernah malu mengakui bahawa Tuhan kita adalah Yesus Kristus. Kita boleh mengatasi setiap godaan jika kita memiliki relasi yang akrab dengan Tuhan. Selalu dekat dengan Tuhan melalui perayaan Ekaristi, Sakramen-Sakramen, selalu membaca Firman Tuhan dan bersatu dengan Gereja-Nya.

Aktiviti seterusnya adalah “Welcoming Night” yang mana program ini mahu mengeratkan lagi persahabatan para belia yang datang dari pelbagai latar belakang, tempat dan pendidikan. Namun aktiviti “Welcoming Night” terpaksa dihentikan kerana cuaca yang tidak menentu. Malam itu, para peserta dibasahi dengan titisan-titisan air hujan yang deras dan disertai dengan kilat sabung-menyabung. Para peserta terpaksa bergelap kerana ketiadaan bekalan elektrik.

Terpancar di wajah para peserta ketakutan dan kerisauan akibat cuaca yang tidak menentu. Namun mereka menjadi tenang apabila team belia membawa mereka untuk bersama-sama berdoa agar Tuhan memberikan cuaca yang baik. Sekitar jam 9 malam, hujan mulai reda dan bekalan elektrik pulih kembali. Para peserta dibawa kembali untuk memuji dan menyembah Tuhan dalam lagu-lagu pujian. Satu hal yang menjadi permenungan mereka adalah “tiada yang mustahil jika semua jiwa bersatu dalam doa memohon bantuan dari Tuhan”.

Seterusnya program hari kedua hinggalah hari kelima, para peserta dibawa untuk menyelami betapa dalam dan luasnya kasih Tuhan kepada mereka. Mereka melalui aktiviti-aktiviti seperti sharing bersama, animasi, vigili, faith sharing, adorasi, berkumpul bersama dengan keluarga angkat, dan setiap hari para peserta berpeluang mengikuti perayaan Ekaristi dimana mereka boleh bertemu dengan Tuhan dan menerima Tubuh-Nya yang kudus. Tidak lupa juga, para paderi bersedia menanti kehadiran para peserta di dalam Sakramen Rekonsiliasi dan para biarawan-biarawati yang hadir turut serta memberi bimbingan rohani kepada para belia yang memerlukannya.

Hari terakhir KBK-4, dalam homilinya, Rev Fr Rudolf mewakili Bapa Uskup Cornelius Piong mengucapkan syabas kepada para peserta yang telah menyelesaikan perjalanan mereka bersama Yesus. Rev Fr Rudolf terus menekankan bahawa iman seorang kristian akan selalu dicubai. Selagi tinggal di dunia ini, selagi itulah godaan dan tawaran dunia akan terus kita alami. Apakah selama lima hari berada di tempat ini, para peserta telah mengalami kehadiran Tuhan? Apakah para belia telah melihat Tuhan? Tentunya menurut Rev Fr Rudolf, kita tidak melihat Tuhan dengan mata kasar, melainkan melihat kehadiran Tuhan dengan mata iman. Para belia disedarkan bahawa para belia memiliki ketergantungan dengan ciptaan dunia iaitu handphone. Semasa ceramah dan lain-lain aktiviti, handphone tidak pernah lepas dari pandangan mata dan tidak pernah terlepas dari genggaman tangan. Ketergantungan kepada handphone membuat para belia semakin menjauh dari Firman Tuhan, semakin melupakan komunikasi peribadi dengan Tuhan dan disibukkan dengan hal-hal yang tidak mampu membawa kepada kehidupan kekal.

Fr Rudolf percaya selama kehadiran mereka di dalam KBK ini, mereka telah dipahat, ditukul, dan dibentuk menjadi sempurna kembali. Sekembali dari tempat ini, para belia akan kembali berhadapan dengan situasi yang sama lagi. Untuk itulah, para belia harus selalu sedar dan selalu menghadirkan Tuhan di dalam kehidupan. Mengambil pesan Bapa Uskup, Rev Fr Rudolf sekali lagi menekankan agar para belia selalu bertumbuh, berakar dan berbuah.

Beberapa hari sebelumnya, Bapa Uskup “terpaksa” mengumumkan tempat KBK-5. Ini disebabkan Bapa Uskup terpaksa kembali Ke Keuskupan disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Dan tuan rumah KBK-5 pada 2019 nanti jatuh kepada Gereja Roh Kudus, Sook.

Mewakili Bapa Uskup, Rev Fr Rudolf menjadi saksi penyerahan tanda KBK-4 kepada tuan rumah KBK-5 iaitu salib yang melambangkan kehadiran Yesus ditengah-tengah umat-Nya, terlebih di dalam jiwa para belia.

BELIA KSFX KENINGAU MENYAMBUT KETIBAAN SALIB SYD DARI PAROKI ST THERESA TAMBUNAN

Salib SYD diarak sepanjang perjalanan bermula dari Gereja St Theresa, Tambunan dan tiba di Katedral St Francis Xavier, Keningau.
Salib SYD diarak sepanjang perjalanan bermula dari Gereja St Theresa, Tambunan dan tiba di Katedral St Francis Xavier, Keningau.

SONY DSC

Salib SYD diarak dengan tarian Sumazau.
Salib SYD diarak dengan tarian Sumazau.
Umat KSFX berlutut untuk menghormati Salib SYD. Turut hadir dalam penerimaan Salib ini ialah Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.
Umat KSFX berlutut untuk menghormati Salib SYD. Turut hadir dalam penerimaan Salib ini ialah Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.
Penyerahan secara rasmi Salib SYD. Sdr. Felix menyerahkan Salib SYD dan diterima oleh Sdr. Cornelius yang mewakili umat KSFX.
Penyerahan secara rasmi Salib SYD. Sdr. Felix menyerahkan Salib SYD dan diterima oleh Sdr. Cornelius yang mewakili umat KSFX.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Kesaksian dari Sdr. Russel (peserta dari Paroki St Theresa) tentang pengorbanan Kristus hingga ke salib yang banyak mengubah dan mempengaruhi kehidupannya.
Kesaksian dari Sdr. Russel (peserta dari Paroki St Theresa) tentang pengorbanan Kristus hingga ke salib yang banyak mengubah dan mempengaruhi kehidupannya.
Sdr. Kelly Vitus Medin turut memberikan kesaksiannya, bagaimana persiapan secara peribadi menanti ketibaan Salib SYD.
Sdr. Kelly Vitus Medin turut memberikan kesaksiannya, bagaimana persiapan secara peribadi menanti ketibaan Salib SYD.
Sebelum mengakhir acara, seramai 12 belia mewakili 12 Zon yang bernaung di bawah Paroki KSFX melakukan para liturgi
Sebelum mengakhir acara, seramai 12 belia mewakili 12 Zon yang bernaung di bawah Paroki KSFX melakukan para liturgi

LUCY’S HOSPICE MENGADAKAN KEMPEN DERMA DARAH

11127205_1418826998423445_2980282388500308299_n

Keningau— bertempat di Dewan Gereja St. Francis Xavier, Persatuan Hospice St. Francis Xavier dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital keningau telah mengadakan kempen derma darah pada 15 Mac 2015 yang lalu , dari jam 9.00 am – 12.00 Tengahari. Seramai 20 0rang yang mendaftar tetapi hanya seramai 16 orang yang layak menderma darah. Para penderma diberikan sijil sebagai tanda penghargaan kerana sudi dan bermurah hati mendermakan darah mereka. Walaupun sambutan tidak menggalakkan, Persatuan tetap bersukur dan berterima kasih kepada mereka yang sudi menderma darah pada hari itu. Untuk pengetahuan semua:

Fakta Umum
  • Menderma darah adalah selamat dan ringkas. Ia tidak meletakkan anda pada risiko penyakit kerana semua steril, hanya digunakan sekali dan kemudian dibuang.

Secara puratanya, seseorang mempunyai lima liter atau 10.5 pint darah.Pengumpulan     darah biasa – “seunit” – adalah sekitar setengah liter, atau satu pint. Tubuh anda akan     menggantikan semua darah yang diderma.
Proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 10-15 minit.

 

Anda BOLEH menderma jika..

anda adalah antara kumpulan umur 18-60 tahun.
berat badan anda 45 kg atau lebih.
haemoglobin anda adalah 12.5 gm% minimum.
derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.
anda sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.
anda telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi.
Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, tahniah. Anda berpotensi untuk menjadi penderma!!

 

Anda TIDAK BOLEH menderma jika anda mempunyai keadaan ini ..
sejuk / demam dalam 1 minggu terakhir.
di bawah rawatan dengan antibiotik atau ubat lain.
masalah jantung, hipertensi, epilepsi, diabetes (pada terapi insulin), sejarah kanser, buah     pinggang kronik atau penyakit hati, pendarahan kecenderungan, penyakit kelamin dll.
pembedahan utama pada 6 bulan terakhir.
vaksinasi dalam masa 24 jam terakhir.
mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam terakhir.
mengalami serangan pengsan semasa derma terakhir.
telah secara teratur menerima rawatan dengan produk-produk darah.
berkongsi jarum untuk menyuntikkan dadah / memiliki sejarah ketagihan dadah.
mempunyai hubungan seksual dengan rakan kongsi yang berbeza atau dengan individu     berisiko tinggi .
telah diuji positif untuk antibodi terhadap HIV .
mempunyai tatoo, semi-kekal make up atau rawatan kosmetik yang melibatkan kulit     menusuk dalam 6 bulan terakhir.
mendapat rawatan gigi (ekstraksi, tampalan, pembersihan, pemulihan)
* Untuk pembersihan atau tampalan: sampai hari selepas rawatan
* Untuk ekstraksi, saluran akar gigi atau pembedahan gigi: 72 jam asalkan ada          pemulihan penuh

 

Wanita TIDAK BOLEH menderma jika mereka memiliki keadaan ini ..
mereka hamil
mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir telah hamil / menyusui dalam satu tahun     terakhir.
mereka dapat menderma selepas 6 minggu selepas kelahiran biasa dan ketika mereka     tidak menyusui.
mereka mengalami menstruasi berat atau kram menstruasi.

Website: www.malaysiablooddonors.org

Darah itu diberikan kepada siapa?

  • Darah penting untuk pesakit yang menjalani kes kemalangan, pembedahan jantung, pembedahan organ, thalasemia, haemophilia & Anemia.
  • Pertanyaan lanjut berkaitan pendermaan darah dan waktu menderma darah ini, orang ramai boleh menghubungi tabung-tabung darah di hospital yang berhampiran tempat anda.

17122_1418826841756794_7905894520200156861_n

18085_1418827085090103_6055239906243362791_n

10308589_1418826941756784_4812871839425593617_n

10348389_1418827205090091_5461828019270791328_n

11031135_1418826911756787_9126217715839630580_n

11010517_1418827258423419_4980188377725601247_n

KURSUS PROGRAM LATIHAN TERAPI SPA

Poster A3 (2)

TAKLIMAT KERJAYA

KURSUS PROGRAM LATIHAN TERAPI SPA

 

Tempat: Dewan Gereja KSFX, Keningau
Tarikh: 10 Mac 2015
Jam: 10 pagi

 

Kelayakan :
Berumur 18 – 40 tahun
Perempuan sahaja dan memerlukan komitmen ingin belajar skill baru