KESYUKURAN ULANG TAHUN BISHOP KE-68 TAHUN

birthday bishophb

kek bishop

KENINGAU: Lebih daripada 250 orang umat telah menghadiri majlis kesyukuran ulang tahun Bishop Datuk Cornelius Piong yang ke 68 tahun. Majlis diadakan di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS) pada 2 Julai 2017. Perayaan kesyukuran ini telah dilaksanakan bersama oleh tim AJK Dataran Solidariti Keuskupan Keningau dan PZKKNS.

sisterseditUmat yang turut hadir memeriahkan majlis ini adalah para paderi dan Sisters, Ajkt MPP, Komuniti Betania, wakil daripada KUK dan KKD sekitar Katedral St. Francis Xiverius (KSFX), beberapa katekis dari Sook, dari Zon Apin-Apin dan Bingkor, AJK Nulu Sosopon dan Dataran Keuskupan, dan para religius dari Binaong dan KSFX. Augustine Nain sebagai wakil rakyat juga turut serta dalam perayaan kesyukuran ini.

Majlis kesyukuran ulang tahun ini disambut secara sederhana dan mengesankan yang berlangsung dari jam 6.00 petang hingga jam 10.00 malam. Majlis dimulai dengan gimik sambutan kedatangan Bishop oleh tim pelaksana. Ucapan dari pengerusi penganjur dan Bishop sendiri.

DSC_8111

DSC_8136 Disusuli dengan pemberkatan kek dan doa makan oleh Msgr. Gilbert J. Engan serta acara pemotongan kek oleh Bishop. Majlis disusuli juga dengan beberapa persembahan.

doaedit

nanyian birthday

bishop tiup lilin

ptong kek1

DSC_8152

DSC_8162

Bishop Datuk Cornelius Piong dalam ucapannya menyampaikan rasa syukur kepada Tuhan kerana telah diberi karunia hidup sampai pada saat itu. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada umat atas sokongan doa yang tidak henti-henti kepadanya dan kerana telah mengingati hari jadinya. ucapan bishop

Dalam kesempatan ini, Bishop menyampaikan pesan agar umat tetap setia dalam doa serta saling mendoakan antara satu dengan yang lain.  “Terima kasih atas semuanya,” demikianlah yang disampaikan Bishop ketika mengakhiri ucapan syukurnya.DSC_8202

Jayanya majlis kesyukuran ulang tahun Bishop ini kerana kerjasama dari semua tim dan pihak yang terlibat. Oleh kerana itu, dalam ucapannya, pengerusi penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada tim kerana telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam bentuk apapun, dan tentunya terima kasih kepada semua umat yang telah hadir untuk menjayakan dan memeriahkan lagi majlis kesyukuran tersebut. – RX

 DSC_8143

Sharing is caring!