PELAFAZAN KAUL KEKAL KEDUA ANGGOTA KONGREGASI FRANCISCAN SISTERS OF THE IMMACULATE CONCEPTION

SONY DSC

Tambunan – “Kasih Kristus yang menguasai kami” (2Kor 5:14) menjadi moto bagi kedua Sister yang melafazkan kaul kekal pada sabtu yang lalu (16/01). Di hadapan Mother General FSIC, Sr. M. Grace Deosing FSIC, kedua mempelai Kristus iaitu, Sr. M. Lucynia Jeprin FSIC dan Sr. M. Liza Anggie, FSIC dan disaksikan seramai 2500 umat yang turut hadir, kedua mempelai Kristus ini menyatakan kesanggupan mereka untuk menghayati ketiga kaul (kemiskinan, kemurnian dan ketaatan) menurut Peraturan Hidup “Third Order Regular of St. Francis of Assisi” yang disahkan oleh Santo Yohanes Paulus II dan “Constitutions of the Franciscan Sisters of the Immaculate Conception”.

SONY DSCBapa Uskup Datuk Cornelius Piong selaku selebran utama, dan disertai berpesan kepada umat yang hadir, bahawa kehadiran mereka di dalam perayaan ini bukanlah sebagai penonton belaka, melainkan turut serta di dalam mendukung panggilan kedua mempelai Kristus ini dan juga mendoakan agar ramai belia yang terpanggil untuk menyahut panggilan menjadi seorang paderi atau seorang religius.

Selanjutnya, Bapa Uskup berpesan bahawa peristiwa yang disaksikan oleh umat pada hari itu, adalah peristiwa yang bermakna, dimana kedua mempelai Kristus ini dengan rela mahu menyerahkan seluruh hidup mereka hanya untuk menyenangkan hati Tuhan. Peristiwa semacam ini hendaklah memberi inspirasi kepada ibubapa agar berdoa dan mohon supaya ada anak-anak mereka yang dipanggil untuk menjadi seorang paderi ataupun religius.

SONY DSC

 

SONY DSC

Sr. M. Lucynia Jeprin FSIC dan Sr. M. Liza Anggie, FSIC berlutut di hadapan Sr. M. Grace Deosing, FSIC selaku Mother General dan melafazkan ketiga kaul-kaul mereka dan atas nama Gereja dan Kongregasi FSIC, Mother General menerima pelafazan kedua mempelai Kristus ini ke dalam keluarga besar Kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception. Selanjutnya, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong menyarungkan cincin ke jari kedua mempelai sebagai tanda bahawa mereka adalah milik Kristus dan berusaha untuk tetap setia tanpa cela di dalam mencintai-Nya di atas segala sesuatu. Mereka juga menerima buku doa harian yang memiliki erti dan harapan bahawa pujian syukur kepada Bapa Syurgawi menjadi sebati dalam diri mereka dan berdoa tanpa henti untuk penyelamatan jiwa-jiwa. Seusai penyerahan cincin dan buku doa harian, Sr. M. Grace Deosing, FSIC menyatakan kepada kedua Sister tersebut dan disaksikan oleh umat yang hadir, bahawa kedua mempelai ini menjadi anggota penuh di dalam Kongregasi FSIC dan segala sesuatu yang dimiliki oleh Kongregasi adalah milik mereka juga dan bersama.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Sesi ucapan didahului oleh Puan Helen Gurini selaku Pengerusi MPP, Gereja Holy Cross Toboh berkata, upacara pada hari ini adalah peristiwa pertama yang diadakan di Gereja HTC. Peristiwa ini amat bermakna dan diharapkan lebih ramai lagi para belia yang terdorong untuk menyahut panggilan menjadi seorang paderi mahupun religius. Selanjutnya Sr. M. Liza Anggie, FSIC di dalam ucapannya, menyampaikan rasa terima kasih kepada Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong yang berkenan merayakan perayaan Ekaristi pada hari itu, kepada Kongregasi FSIC yang berkenan menerima mereka menjadi anggota penuh di dalam Kongregasi dan kepada ibubapa dan adik-beradik yang menyokong perjalanan panggilan mereka dan umat yang hadir menyaksikan upacara pelafazan pada hari itu. Dan Bapa Uskup pula menyentuh perihal hubungan yang akrab dengan Tuhan Yesus. Tanpa relasi yang akrab dengan Tuhan, panggilan tidak akan bertahan. Untuk itu, hidup doa harus mendapat prioriti yang utama.

SONY DSC

SONY DSC

Seusai perayaan Ekaristi, kedua mempelai yang berbahagia bersama tetamu-tetamu undangan berarak ke dewan terbuka HTC untuk sama-sama menjamu makan tengahari sebagai ungkapan rasa syukur dan terima kasih.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC