PERAYAAN HARI MINGGU PALMA

KENINGAU : Perayaan Minggu Palma mengingatkan kita dalam memasuki minggu suci. Sepanjang Minggu Suci ini, kita diajak untuk merenungi kesengsaraan Yesus.

Perayaan Misa Hari Minggu Palma telah dirayakan di Dataran Solidariti Keuskupan Keningau pada 14 April lalu. Misa disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong dihadiri oleh kira-kira 2000 orang umat yang membawa daun palma masing-masing.

Uskup dalam homilinya menegaskan kepada umat dan para belia akan pesan Bapa Suci dalam Surat Pastoralnya. Bapa Suci berpesan supaya umat haruslah sentiasa yakin bahawa Allah mengasihi umatnya dan sanggup mengorbankan Puteranya kerana kasih-Nya kepada dunia. Bapa Suci juga mengingatkan bahawa Kristus adalah penyelamat dan mahu menyelamatkan umat-Nya daripada kekuasaan dosa. Perlu benar-benar percaya bahawa Kristus hidup dan umat perlu sentiasa berharap dengan berdoa, serta mendengar firman Tuhan.

Di samping itu, gereja juga merayakan Hari Belia Sedunia (WYD). KBK Paroki KSFX juga telah mengadakan program Mini World Youth Day bagi peringkat paroki KSFX. Seramai lebih kurang 160 belia yang melibatkan diri dalam program ini. Turut hadir dalam program ini, Sr. Liza selaku pembimbing rohani KBK KSFX. KOMSOS K’GAU

Program mini WYD PAroki KSFX

Leave a Reply