REKOLEKSI PELAYAN UMAT PERINGKAT PAROKI KSFX

KENINGAU : Lebih 400 orang Pelayan Umat atau Warden telah mengikuti Rekoleksi Pelayan Umat peringkat Paroki KSFX. Rekoleksi bertemakan “Kenali Sesama Melalui Yesus” ini diadakan di Gereja St. John, Biah pada 28 Julai 2018.

Rekoleksi dimulakan dengan Misa Kudus yang disempurnakan oleh Rev. Fr Bonaventure Unting.

“Peranan warden sangat penting terutama sekali dalam membantu melancarkan perayaan liturgi. Menjadi yang pertama datang dan terakhir pulang untuk memastikan keadaan gereja ditinggalkan dengan baik dan memastikan tiada barang yang tertinggal serta menyimpannya. Pelayanan sebagai warden haruslah dijalankan dengan baik dan mesra, supaya umat yang datang merasa diterima dan senang untuk datang ke gereja lagi. Seterusnya memberi pengaruh kepada umat untuk terus berbuah baik.” Ujar Fr Bonaventure dalam homilinya.

Puji-pujian sebelum bermula sesi seterusnya

Fr. Bonaventure juga berpesan agar para warden melayani dan mengutamakan pelayanan secara berpasukan dan bekerjasama. Beliau juga berharap agar warden mengambil kesempatan dalam rekoleksi untuk merenung dan memperbaiki kelemahan dalam pelayanan. Semoga para warden sentiasa diteguhkan, dikuatkan agar semakin setia dan komited melayani umat.

Seusai Misa, sesi ceramah disampaikan oleh Kat. Patrick Marius bertajuk “Etika dan Hidup Kerohanian Pelayan Umat.” Diikuti dengan ceramah kedua iaitu “Peranan dan Tanggungjawab” disampaikan oleh Kat. Severinus Jaitin.

Sesi Soal jawab

 

Tuan Rumah bagi Rekoleksi tahun 2019 adalah Zon Toboh Baru yang dipilih melalui cabutan undi. 

Cabutan undi untuk Tuan Rumah Rekoleksi Warden tahun 2018 iaitu Zon Toboh Baru

“Kenali Sesama Melalui Yesus”

Leave a Reply