SEMINAR HIDUP BARU DALAM ROH PERINGKAT ZON MINAWO 

Keningau – Kerasulan Belia Katolik (KBK) Zon Minawo telah mengadakan Seminar Hidup Baru Dalam Roh (SHBDR) peringkat Zon Minawo pada 10 hingga 12 Mei 2019 di Gereja KUK St.Joseph Minawo. Bertemakan Tetapi Penghibur iaitu Roh Kudus yang akan diutus oleh Bapa dalam namaku, Dialah yang mengerjakan segala sesuatu kepadamu dan akan mengingatkan kami akan semua yang telah Ku katakan kepadamu ” (Yoh 14:26).

SHBRD khas untuk belia ini merupakan program susulan Kem Belia Zon Empat. Objektif program ini adalah mendorong dan membimbing para belia untuk mengalami pertobatan dan kehadiran Tuhan secara nyata dalam hidup Rohani di kalangan belia.

Seminar dimulakan dengan Ibadat Sabda yang dipimpin oleh Katekis Fraddy Hendrikus.

Fr. Robert, Paderi Order of the Pious School (Piarist)  dari Filipina juga berkesempatan memberikan info tentang kongregasi mereka kepada para peserta.

Peserta bersama dengan Fr. Robert (Paderi Piarist)

Pujian Penyembahan dan Ice Breaking taklimat turut dijalankan pada malam itu.

Pada hari Kedua, sesi pertama disampaikan oleh Cikgu Alfred Ibat yang bertajuk “Yesus adalah Tuhan dan Penyelamatku”. Sesi kedua, “Kasih” disampaikan oleh Sdra. Quintin Yonolon. Sesi ini membawa para peserta merenungkan secara peribadi tentang Kasih Tuhan dengan menulis surat kepada Yesus dan memikul Salib Yesus. Pada sebelah petang pula iaitu sesi ketiga “Luka-luka Batin” yang disampaikan oleh Sdra. Lius Yonolon dimana ibubapa dijemput hadir untuk pembasuhan kaki. Keesokannya setelah selesai Ibadat Sabda sesi keempat disampaikan oleh Saudara Jika George iaitu “Karunia Roh Kudus.”

Melalui program ini para peserta lebih terbuka dapat mendengar suara Tuhan dan berkongsi bersama tentang Kasih Tuhan yang dialami sepanjang seminar ini.Tadius Kilip

Sharing is caring!