ST. THERESA TAMBUNAN LANCARKAN TAHUN MISSIONARI

TAMBUNAN : Paderi Paroki St. Theresa Tambunan, Rev. Fr Rudolf Joannes melancarkan Tahun Missionari yang bertemakan “ Kita dibaptis dan diutus dengan Misi mewartakan Kristus. Yang mana sambutan kemuncak perayaan Tahun Missionari akan diadakan pada 20 Oktober 2019. Dalam masa yang sama Hari Minggu Katekatikal bertemakan “Kristus Misi kita” juga turut disambut.

Sempena dengan itu, Fr. Rudolf mengajak seluruh umat khususnya di Paroki St. Theresa agar terus mahu mengenali dan mewartakan Yesus melalui penginjilan dalam keluarga, komuniti dan sesama.

Menurut beliau sesuai dengan tema Tahun Misi dan Hari Minggu Katekatikal, Kristus haruslah terus menjadi pusat kepada pelayanan dalam keluarga dan komuniti.

“Jangan takut dan malu dalam mewartakan Kristus, supaya dunia dapat melihat Yesus dalam diri kita. Selaku umat Allah, hendaklah membenarkan Yesus hadir dan mengubah peribadi kita kerana kesatuan dan kesetiaan kita kepada Kristus akan meneguhkan dan menguatkan kita untuk sentiasa bertumbuh di dalam kekudusan Yesus Kristus,” Ujar Fr. Rudolf.

Pelancaran Tahun Missionari turut diadakan serentak di 5 stesen luar St. Theresa yang turut dihadiri oleh Rev. Fr Harry Dorisoh, Rev. Fr John Emerson Tepait dari Keuskupan Masbate, Filipina, mantan Pengerusi MPP ST. Theresa,Sdra David Benedict dan beberapa AJKT MPP St. Theresa. Katarina Adolfina