ULANG TAHUN KELUARGA KRISTIAN DASAR KALI KE 24 PERINGKAT PAROKI KSFX

KENINGAU : Ulang Tahun Komuniti Kristian Dasar (KKD) kali ke-24 peringkat Paroki KSFX telah diadakan pada 2 September 2018. Misa Kudus yang disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong bertempat di Gereja St. Maria Do Joliu, Kepayan Baru.

Seramai lebih 300 umat sekitar Paroki KSFX  telah hadir memeriahkan majlis. Pengerusi setiap zon turut hadir memeriahkan majlis.

Mengapa Komuniti Kristian Dasar (KKD)? Tuhan sendiri bersifat komuniti iaitu Bapa, Putra dan Roh Kudus. Dalam Kisah Para Rasul juga menyatakan cara hidup orang Kristian Purba hidup dalam komuniti. Selain itu, KKD juga merupakan budaya yang sudah menjadi amalan umat iaitu semangat kebersamaan yang dalam apa-apa perkara.

KKD lahir dan bermula daripada keluarga. Melalui beberapa keluarga, terbentuklah KKD. Oleh itu keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan KKD

Serentak dengan itu, pelantikan baru menjadi Katekis iaitu Francis Epit yang juga merupakan Pengerusi Zon Kepayan turut diadakan. Beliau diutus oleh Uskup untuk melayani di gereja stesen luar.

Pengerusi penganjur, Francis Epit mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan perayaan itu. Beliau berharap agar perayaan seperti ini dapat mengingatkan kepada umat akan sejarah pembentukan KKD.

Dalam ucapan, Uskup berpesan agar dapat terus menghidupkan semangat KKD. Tiga dasar yang boleh diteladani untuk bersama-sama mengatasi cabaran dan kesulitan iaitu datang kepada Yesus, dengar firmanNya dan duduk dekat kaki Yesus. Bincang bersama khususnya masalah sosial yang datang agar dapat diselesaikan sesuai kehendak Tuhan.

 

Seusai perayaan Misa, jamuan kesyukuran diadakan di Dewan Gereja St. Maria Do Joliu. Pelbagai acara sudah disusun antaranya ialah persembahan pentas, cabutan tiket bertuah, pertandingan masakan tradisional dan lain-lain lagi. KOMSOS

Leave a Reply